JATI | JATI (Tectona grandis daripada famili Verbenaceae), pohon kayu yang tumbuh di Semenanjung India, Myanmar, Thailand, Jawa dan utara Semenanjung Malaysia. Pohan jati tumbuh dengan baik di daerah yang agak kering, pada paras 650 m dari aras laut. Pohon jati dapat mencapai ketinggian hingga 40 m. | BUDAYA | Flora dan Fauna |
KAYU JATI | Kayu jati ialah pokok hutan yang berasal dari hutan tropika di Asia Tenggara. Kayunya sangat dihargai untuk membina kapal dan membuat perabot. | UMUM | |
KUCING BAKA JATI | Kucing baka jati lihat Kucing (Baka bulu pendek). | UMUM | |
SUNAN GUNUNG JATI | SUNAN GUNUNG JATI ( ? - ? ) ulama dan pendakwah Indonesia. Nama sebenarnya ialah Syarif Hidayatullah. Dia adalah salah seorang ahli Walisongo di Jawa yang gigih menjalankan dakwah di Jawa Barat, khususnya di Cirebon pada abad ke-16. Dia lahir di Mesir. Ibunya bernama Ratu Mas Rarasantang, manakala bapanya Sultan Abdullah dari Mesir. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SALUKI | Saluki, juga dinamakan anjing perburuan gazel , dipercayai sebagai anjing baka jati yang tertua di dunia. Anjing ini dibiakkan di Timur Tengah lebih kurang pada tahun 5000 S.M. Satu daripada anjing yang terpantas, saluki pernah digandingkan dengan burung lang untuk memburu gazel. Mangsa diterkam oleh lang dan saluki menekan mangsa sehingga pemburu sampai. Saluki mempunyai bulu licin, halus dengan jumbai bulu yang panjang di telinga, kaki dan pahanya. Tingginya 58 sentimeter hingga 70 sentimeter pada paras bahu dan beratnya dari 13 kilogram hingga 30 kilogram. Lihat juga Anjing (gambar: Anjing perburuan). | UMUM | |
CIREBON | CIREBON, pusat pemerintahan, yang pada asalnya adalah sebahagian daripada kerajaan Hindu Pajajaran. Selepas tahun 1552, Kesultanan Islam telah ditubuhkan oleh Falatehan atau Fatahillah, yang juga telah menubuhkan kerajaan Banten. Falatehan, anak kepada Maulana Machdar Ibrahim, dipercayai telah meninggalkan kampungnya di Pasai apabila Pasai ditakluk oleh Portugis. Dia tiba di Sunda selepas menunaikan haji di Makkah. Sesetengah pihak mempercayai bahawa Falatehan dan Sunan Gunung Jati adalah orang yang sama. Purwaka Caruban Nagari membezakan kedua-dua tokoh ini. Teks itu mengaitkan Sunan Gunung Jati adalah anak Syarif Hidayatullah, hasil perkahwinan antara Syarif Abdullah, anak Raja Mesir dengan Rara Santang, seorang puteri Pajajaran, yang menunaikan haji bersama-sama abangnya atas nasihat guru agama mereka, Syeh Datu Kahfi. Selepas menamatkan pengajian agama dan kembali daripada perantauan, Syarif Hidayatullah dikatakan menetap berhampiran Gunung Jati di Cirebon dan menjadi salah seorang daripada wali sembilan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
BARJASA | BARJASA, pertubuhan politik. BARJASA ialah singkatan bagi Barisan Rakyat Jati Sarawak, ditubuhkan pada bulan Disember 1961. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
ABDUL RAHMAN YA’KUB, TUN | Abdul Rahman Ya'kub, Tun (1928 - ) ialah Ketua Menteri Sarawak yang ketiga (1970–1981) dan Yang Dipertua Negeri Sarawak yang keempat (1981– 1986). Abdul Rahman mula aktif dalam politik apabila menyertai Parti Barisan Anak Jati Sarawak (BARJASA) pada tahun 1962. Kemudian dia menyatukan Parti Negara Sarawak (PANAS) dan BARJASA bagi membentuk Parti Bumiputera pada tahun 1966 bersama-sama Datuk Abang Ikhwan Zaini dan Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud. | UMUM | |
BAHASA MELAYU TUTONG | BAHASA MELAYU TUTONG, bahasa Melayu yang termasuk dalam kelompok bahasa Austronesia yang dituturkan di Negara Brunei darussalam. Bahasa Melayu Tutong (BT) dituturkan oleh puak Tutong (salah satu puak jati di Brunei) yang majoritinya tinggal di daerah Tutong. | BAHASA | Konsep |
ORANG BELAIT | ORANG BELAIT, satu rumpun bangsa Melayu yang diakui sebagai puak jati Melayu dan diiktiraf sebagai warganegara Brunei Darussalam. Di Negara Brunei Darussalam, bangsa Belait lebih dikenal sebagai puak Belait atau orang Belait. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |