TARTARUS | Tartarus, mengikut mitos Yunani yang awal, ialah sebuah lubang yang dalam di bawah permukaan bumi. Jauhnya ke dalam perut bumi adalah sejauh muka ke langit. Tembok tinggi dan sebatang sungai berapi yang dikenal sebagai Phlegethon (atau Pyriphlegethon) mengelilingi Tartarus. | UMUM | |
SANTIAGO DE CUBA | Santiago de Cuba (pend. 345 772) terletak di kaki banjaran Sierra Maestra di pinggir laut tenggara Cuba. Jauhnya 740 kilometer di tenggara Havana. Untuk lokasi, lihat Cuba (peta politik). Santiago ialah pusat industri perlombongan Cuba. Ia juga pusat penghantaran besi, mangan, gula, kopi dan tembakau. Kota Morro, salah sebuah mercu tandanya, didirikan untuk mempertahankan pelabuhannya daripada serangan lanun British, dan Perancis. Pada tahun 1898, semasa Perang Sepanyol-Amerika, angkatan laut Amerika Syarikat telah memusnahkan sebahagian besar angkatan laut Sepanyol berhampiran pelabuhan Santiago. | UMUM | |
ALPHA CENTAURI | Alpha Centauri ialah sistem berbilang bintang dalam buruj Centaurus. Ia hanya boleh dilihat dari Hemisfera Selatan dan terletak 4.3 tahun cahaya jauhnya (lihat Tahun cahaya ). | UMUM | |
SKIT | Skit ialah sukan menembak piring sasaran jenis Amerika. Seperti dalam sukan menembak perangkap, sasaran dilepaskan ke udara daripada perangkap berspring logam. Dua rumah sasaran terletak 38 meter jauhnya. Sasaran dilepaskan dari setiap rumah melintasi tiang tengah antara keduadua rumah ini, dan pada sudut penerbangan yang berbeza agar dapat menjangka kesan tembakan terhadap sasaran bersayap. | UMUM | |
DENEB | Deneb ialah bintang yang paling terang dalam buruj Cygnus, atau Swan. Deneb juga dikenali sebagai Alpha Cygni. Ia ialah bintang yang paling terang yang boleh dilihat dengan mata kasar dan mempunyai magnitud 1.26 (lihat Magnitud). Deneb ialah 60 000 kali ganda seterang matahari, tetapi ia kelihatan malap kerana jauhnya lebih kurang 1600 tahun cahaya (lihat Tahun cahaya). Deneb kelihatan berwarna putih kebiru-biruan disebabkan oleh suhu permukaan yang sangat tinggi, sekurang-kurangnya 10 000°C. Ahli astronomi mengelaskan bintang ini sebagai superraksasa biru. Diameter Deneb ialah lebih kurang 70 kali ganda diameter matahari. | UMUM | |
ANTWERP | Antwerp (pend. 185 021; pend. kaw. met. 628 989) ialah pelabuhan utama Belgium malah pelabuhan paling besar di Eropah. Bandar ini dikenal sebagai Antwerpen di Belanda dan Anvers di Perancis. Bandar ini merupakan salah satu bandar raya yang terbesar di Belgium. Antwerp terbentang di atas Sungai Schelde, 89 kilometer jauhnya dari Laut Utara (lihat Belgium [peta politik]). Jalan air dan landasan kereta apinya memberi perkhidmatan kepada keseluruhan Belgium dan semua bandar perindustrian di Jerman dan Perancis. | UMUM | |
SKAGERRAK | Skagerrak ialah sebuah cabang Laut Utara. Skagerrak membahagikan Norway dan Sweden di utara dan memisahkan kedua-dua negara ini daripada Denmark di selatan. Nama ini sering kali dieja sebagai Skager-Rak atau Skagerrack. Skagerrak ialah lebih kurang 209 kilometer panjang. Cabang ini penting kerana menyambungkan Laut Utara dengan Kattegat. Dua selat terbentuk di pintu masuk Laut Baltik. Di sepanjang pantai Jutland, tidak terdapat pelabuhan yang sesuai untuk kapal berlabuh kerana pantai ini dipenuhi tebing pasir yang berbahaya. Tetapi di sepanjang Norway, 130 kilometer jauhnya dari situ, terdapat banyak pelabuhan yang baik. Untuk lokasi, lihat Eropah (peta). | UMUM | |
LANGKAWI | LANGKAWI, pulau yang terbesar antara lebih kurang 200 pulau yang disebut Kepulauan Langkawi. Langkawi terletak di pertemuan perairan Selat Melaka dengan Lautan India, di barat laut negeri kedah, Semenanjung Malaysia. Kuala Perlis yang terletak di semenanjung, lebih kurang 30 km jauhnya dari Langkawi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
TAHUN CAHAYA | Tahun cahaya ialah satu unit yang digunakan oleh ahli astronomi untuk menerangkan jarak di antara bintang. Ia adalah jarak perjalanan dalam satu tahun oleh satu denyutan cahaya. Cahaya bergerak pada kelajuan 299 792 kilometer satu saat. Oleh itu, satu tahun cahaya adalah bersamaan 9.46 juta kilometer. Sebuah kapal terbang jet yang terbang pada kelajuan 800 kilometer satu jam perlu terbang selama 1.34 juta tahun supaya terbang dalam satu tahun cahaya. Jarak astronomi adalah tersangat luas hinggakan bintang yang paling hampir dengan bumi – selain dari matahari – ialah 4.3 tahun cahaya jauhnya. Lihat juga Bintang (Bintang di dalam alam semesta). | UMUM | |
LAHAD DATU | LAHAD DATU, petempatan masyarakat keturunan Sabah. Dalam bahasa Bajau, ‘Lahad’ bererti tempat dan ‘Datu’ pula merujuk pada penduduk berketurunan datu di Sabah. Lahad datu ialah salah satu daripada tiga daerah utama dalam bahagian Tawau, Sabah. Dua daerah lain merujuk pada daerah Tawau dan Semporna. Lahad Datu terletak di bahagian timur negeri Sabah, iaitu di bahagian utara Teluk Darvel dengan keluasan kawasan 11 025 km persegi, dan lebih kurang 482 km jauhnya dari Kota Kinabalu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |