PORTLAND, DUKE OF | Portland, Duke of (1738–1809) ialah perdana menteri Britain yang memegang jawatannya sebanyak dua kali. Semasa memimpin Parti Whig (lihat Parti Whig ), dia mengetuai kerajaan campuran untuk jangka waktu yang pendek pada tahun 1783. Pada tahun berikutnya, pendiriannya berubah dan dia keluar daripada Parti Whig, lalu menyertai Parti Tory. Dari tahun 1794 hingga tahun 1801, dia berkhidmat sebagai setiausaha dalam negeri di bawah William Pitt the Younger. Pada tahun 1807, dia kembali menjadi perdana menteri dan mengetuai kerajaan Tory. | UMUM | |
KISSINGER, HENRY ALFRED | Kissinger, Henry Alfred (1923– ), negarawan Amerika yang terkenal. Dia berkhidmat sebagai setiausaha negara Amerika Syarikat dari tahun 1973 hingga tahun 1977. Dia dilantik oleh Presiden Richard M. Nixon dan mengekalkan jawatannya setelah Gerald R. Ford menjadi presiden pada tahun 1974. Kissinger juga berkhidmat sebagai pembantu kepada presiden untuk hal ehwal keselamatan negara dari tahun 1969 hingga tahun 1975. Dia merupakan penasihat dasar luar negara yang paling berpengaruh bagi kedua-dua presiden. | UMUM | |
LIE, TRYGVE | Lie, Trygve (1896–1968), negarawan Norway yang berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Pertama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dia dilantik pada tahun 1946 untuk tempoh selama lima tahun dan dilanjutkan lagi perkhidmatannya selama tiga tahun bermula pada tahun 1950. Walau bagaimanapun, dia mengumumkan peletakan jawatannya pada tahun 1952 dan mengosongkan jawatan itu pada bulan April 1953. Soviet Union menentang Lie kerana sokongannya terhadap tindakan Amerika Syarikat di Korea Selatan. Lie bersara dengan harapan dapat mengendurkan ketegangan antarabangsa. | UMUM | |
AQUINO, CORAZON | Aquino, Corazon (1933– ), presiden wanita yang pertama bagi Filipina. Dia memegang jawatan presiden dari tahun 1986 hingga tahun 1992. Dia menggantikan Presiden Marcos. Kedua-dua Aquino dan Marcos mendakwa kemenangan dalam pilihan raya penuh dengan penipuan dan keganasan. Tetapi Marcos lari ke luar negara apabila ramai rakyat Filipina yang disokong oleh pegawai tentera, menuntut perletakan jawatannya. Aquino kemudian menjadi presiden. | UMUM | |
ZURINAH HASSAN | ZURINAH HASSAN (1949- ), penyair. Dia lahir pada 13 Jun 1949 di Bakar Bata, Alor Setar, Kedah. Dia pernah menggunakan nama pena Haniruz. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tikam Batu, Sungai Petani. Kemudian, dia melanjutkan pelajaran di Sekolah Inggeris hingga lulus Malaysia Certificate of Education (MCE). Sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (1971-1974), dia mendapat pendidikan menengah atas di Sekolah menengah Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah hingga lulus Sijil Tinggi Persekolahan pada tahun 1970. Dia pernah bertugas di Jabatan Penerangan Malaysia. Pada bulan Jun 1996, dia bersara daripada jawatannya untuk menumpukan perhatian kepada bidang penulisan. | SASTERA | Tokoh |