Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jaz] | جز

Definisi : muzik yg kuat dan rancak yg berasal drpd kalangan orang Negro di Amerika Syarikat: pancaragam ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jaz] | جز

Definisi : muzik yg kuat dan rancak yg mula diperkenalkan oleh masyarakat Negro di Amerika Syarikat pd abad ke-20. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jaz


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
JAZ UMUM 
DAVIS, MILES

Davis, Miles (1926–1991), pemain trompet

jaz Amerika yang sangat berpengaruh dan

juga pemimpin pancaragam yang terkenal

dalam sejarah muzik jaz. Dia terkenal kerana

tiupan trompetnya yang bertenaga dan berlirik.

UMUM 
ELLINGTON, DUKE

Ellington, Duke (1899–1974) ialah penggubah

muzik jaz, ketua pancaragam, dan pemain piano

Amerika. Dia merupakan salah seorang yang paling

terkenal dalam sejarah jaz.

UMUM 
SMITH, BESSIE

Smith, Bessie (1894–1937) menjadi salah

seorang daripada penyanyi blues yang terbaik

dalam sejarah muzik jaz. Satu siri rakaman yang

dibuatnya dari tahun 1923 hingga tahun 1933,

adalah antara yang terbaik dalam jaz. Smith

menggunakan kekuatan dan keindahan suaranya

untuk lagu yang mudah. Louis Armstrong, Fletcher

Henderson, Joe Smith, dan James P. Johnson

adalah antara ahli muzik jaz yang bermain untuk

rakaman piring hitamnya.

UMUM 
ARMSTRONG, LOUIS

Armstrong, Louis (1900–1971), pemain trumpet

Amerika yang pertama sekali terkenal sebagai

pemain trumpet solo jaz di peringkat antarabangsa.

Dia terkenal kerana nada dan teknik tiupannya

yang begitu indah dan cemerlang serta suaranya

yang garau ketika menyanyi. Dia merupakan

pemuzik jaz yang pertama menyanyi dalam gaya

yang berterabur dengan susunan suku kata dan

nada yang digubah secara sembrono ketika

menyanyi, tanpa menggunakan lirik.

UMUM 
LEWIS, JOHN AARON

Lewis, John Aaron (1920–2001) ialah pemain

piano dan penggubah Amerika. Pada tahun

1952, dia menubuhkan Modern Jazz Quartert,

kombo yang paling kukuh dalam sejarah muzik

jaz. Dia masih lagi berkhidmat sebagai pemain

piano dan pengarah muzik. Lewis mempelopori

perkembangan muzik aliran ketiga, iaitu gabungan

muzik jaz dan klasik. Dia menggubah muzik

untuk kumpulan jaz, orkestra besar, filem dan

pertunjukan pentas.

UMUM 
KRUPA, GENE

Krupa, Gene ( 1909–1973) ialah pemuzik jaz pertama

yang mempopularkan dram sebagai alat muzik

solo.

UMUM 
CHRISTIAN, CHARLIE (1916–1942) Christian, Charlie (1916–1942) ialah ahli muzik
Amerika yang memperkenalkan gitar sebagai alat
muzik solo pada muzik jaz
UMUMUmum
YOUNG, LESTER WILLIS

Young, Lester Willis (1909–1959) ialah pemain

saksofon tenor Amerika yang mencipta gaya

yang menjadi ikutan dalam sejarah jaz.

UMUM 
DRAM BONGO

Dram bongo ialah alat muzik genderang. Dram

bongo, sering dikenali sebagai bongo biasanya

digunakan sebagai alat ritma dalam muzik Amerika

Latin, tetapi ia dimainkan dalam muzik rock dan jaz.

UMUM 
12

Kembali ke atas