Terowong Lötschberg ialah terowong landasan kereta api yang menembusi Bernese Alps di selatan tengah Switzerland berdekatan dengan Jungfrau (lihat Switzerland [peta]). Terowong ini yang dibuka pada tahun 1913, berukuran 14.6 kilometer panjang. Ia sebahagian daripada landasan kereta api Swiss Lötschberg, yang sepanjang 74 kilometer dan menghubungkan Spiez dan Brigue. Sebelum landasan ini sampai di Kandersteg, iaitu jalan masuk ke terowong ini di sebelah utara, ia menyeberangi banyak jambatan dan jejambat dan melalui 38 terowong. Di Göppenstein, iaitu hujung terowong ini di sebelah selatan, landasan tersebut menurun ke Rhône Valley, dan dari situ ia bersambung dengan Terowong Simplon yang menghala ke utara Itali. |