Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.la.ga] | جلاݢ

Definisi : debu hitam dlm asap atau yg di­ting­galkan asap pd permukaan sesuatu, sulang asap, arang lampu, arang para; berjelaga diselaputi jelaga; menjelagakan menjadikan (menyebabkan) berjelaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.la.ga] | جلاݢ

Definisi : benda hitam yg terjadi drpd asap pelita dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jelaga (kata nama)
Bersinonim dengan sulang asap, arang lampu, arang para.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
JELAGA UMUM 
SMUT

Smut ialah nama sekumpulan kulat berkaitan yang

hidup sebagai parasit pada tumbuhan tertentu dan

menyebabkan penyakit padanya. Smut mendapat

namanya kerana ia mengeluarkan spora hitam yang

kelihatan seperti zarah jelaga. Smut berbahaya

pada tumbuhan yang ditanam dan tumbuhan liar.

Ia terutamanya berbahaya kepada tanaman

pertanian seperti gandum, oat, barli, jagung, dan

padi. Smut biasanya memusnahkan biji atau ke

seluruhan jambak bunga. Akibatnya, tumbuhan

tidak berguna sama sekali sebagai tanaman atau

tidak boleh mengeluarkan biji.

UMUM 
TERN

Tern ialah subfamili burung laut yang berkaitan

dengan burung camar. Burung tern terkenal

kerana keupayaannya terbang. Lebih kurang 35

jenis burung tern terdapat di bahagian yang

berbeza di dunia. Kebanyakannya hidup di

sepanjang pantai, sungai dan tasik berbanding

dengan di laut lepas. Burung tern jelaga dan

beberapa jenis lain kerap merayau-rayau jauh dari

daratan.

UMUM 

Kembali ke atas