JELAI, kawasan yang pernah dikuasai oleh Maharaja Perba Jelai, seorang pembesar Pahang yang termasyhur. Jelai terletak di utara Sungai Pahang, yang mana Sungai Jelai ialah sungai yang penting sekali sebelum kedatangan British ke Pahang. Jelai berada di bawah pemerintahan Bendahara Ali dibantu oleh Orang Kaya Indera Maharaja Perda Jelai. Maharaja Perda Jelai membantu Bendahara Ali untuk memerintah negerinya dengan aman.
MAHARAJA PERBA JELAI (? - ?), pemerintah Jelai, dalam kerajaan Melayu Pahang. Nama sebenarnya ialah Datuk Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai, atau lebih dikenal dengan panggilan Tuk Raja. Daerah kekuasaannya meliputi Tanjung Lindung di hilir, berhampiran dengan Jerantut hingga ke sempadan Perak dan hulu Kelantan di bahagian hulu. Daerah ini telah dibeli olehnya daripada Sultan Johor.
JEMPOL, luak pentadbiran tanah mengandung dalam sistem tradisional Negeri Sembilan. Jempol tidak mempunyai Undang dan diperintah terus oleh Yamtuan Besar. Jempol dibahagikan kepada lima mukim iaitu Rompin, Serting Hilir, Jelai, Serting Hulu dan Kuala Jempol. Pusat pentadbiran daerah ialah Bandar Baru Serting.
JAWA DWIPA, berasal daripada perkataan Sanskrit <I style="mso-bidi-font-style: normal">YawadwipaI> yang bermaksud pulau atau semenanjung Yawa. Sebahagian besar sejarawan bersetuju bahawa <I style="mso-bidi-font-style: normal">Yawadwipa I>ini ialah Pulau Jawa. Ada juga pendapat bahawa <I style="mso-bidi-font-style: normal">YawadwipaI> dan <I style="mso-bidi-font-style: normal">JawadwipaI> ialah dua tempat yang berlainan. Mengikut K.R. Halla, <I style="mso-bidi-font-style: normal">YawadwipaI> terletak di lembah Sungai Jelai di bahagian barat daya Pulau Borneo.
Thanks for clicking. That felt good.