Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jém] | جيم

Definisi : (jém) sj makanan yg dibuat drpd buah-buahan yg dimasak dgn gula hingga likat (biasanya disapu pd roti, biskut, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jém] | جيم

Definisi : Jk, bp jam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jém] | جيم

Definisi : /jém/ sj makanan drpd buah-buahan yg dimasak dgn gula sehingga kental dan dimakan dgn roti dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jem


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
JEM DAN JELI UMUM 
PLUM

Plum ialah buah yang popular yang dimakan

segar atau digunakan untuk membuat jem, jeli dan

jeruk. Sesetengah jenis plum dikeringkan untuk

dibuat prun (lihat Prun ).

UMUM 
ASID TARTARIK

Asid tartarik ialah kimia organik yang terdapat

secara semula jadi di dalam buah anggur dan

beberapa jenis buah-buahan yang lain. Asid ini

biasanya digunakan untuk pengeluaran jem dan

minuman anggur berkarbonat. Kebanyakan asid

tartarik komersial diperoleh sebagai hasil

sampingan industri wain. Kristal asid yang tidak

berwarna ini diterbitkan daripada kalium

hidrogen tartrat atau argol yang berkumpul di

dinding tong wain semasa proses penapaian

anggur.

UMUM 
SLO

Slo, juga dikenali sebagai blackthorn, ialah pokok

renek yang berduri, bercabang yang berkaitan

dengan plum. Ia tumbuh di Eropah, Asia Tengah,

dan bahagian timur Amerika Utara. Bunganya

berwarna putih dan buahnya kecil berwarna hitam.

Buahnya kurang daripada 13 milimeter

diameternya dan digunakan untuk membuat wain,

jem, jeruk, dan pewarna. Gin slo adalah arak samar

yang diwarnakan dan diperisakan dengan slo.

Dahan slo digunakan untuk membuat tongkat dan

pemegang alat.

UMUM 
MULBERI

Mulberi ialah pokok hiasan yang buahnya berjus

dan berisi. Buahnya berwarna putih, merah, atau

ungu dan kelihatan seakan-akan beri hitam. Setiap

satunya terdiri daripada segugus buah kecil berbiji

satu. Buah ini menjadi tarikan burung, yang

memakannya dan menyebarkan bijinya. Sesetengah

jenis mulberi, terutamanya mulberi putih dan

mulberi hitam , ditanam untuk buahnya, yang dipetik

dan dimakan mentah atau dibuat jem dan wain.

Bunga mulberi berwarna putih kehijauan dan

tergantung bergugus-gugus. Ia didebungakan oleh

angin.

UMUM 
STRAWBERI

Strawberi ialah tumbuhan kecil dalam famili ros

yang ditanam untuk buahnya yang sedap

berbentuk hati. Strawberi tumbuh dekat dengan

permukaan tanah dan mengeluarkan bunga kecil,

putih yang berbau wangi. Buahnya putih kehijauan

pada mulanya dan menjadi merah terang apabila

masak. Ia adalah sumber vitamin C yang baik dan

sering dimakan segar dengan krim. Strawberi juga

ditinkan atau disejukbekukan atau digunakan untuk

membuat jem, jeli, dan wain.

UMUM 

Kembali ke atas