JEMPOL | JEMPOL, luak pentadbiran tanah mengandung dalam sistem tradisional Negeri Sembilan. Jempol tidak mempunyai Undang dan diperintah terus oleh Yamtuan Besar. Jempol dibahagikan kepada lima mukim iaitu Rompin, Serting Hilir, Jelai, Serting Hulu dan Kuala Jempol. Pusat pentadbiran daerah ialah Bandar Baru Serting. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
TUANKU ABDUL RAHMAN IBNI TUANKU MUHAMMAD | TUANKU ABDUL RAHMAN IBNI TUANKU MUHAMMAD (1895 – 1960), Yang di-Pertuan Agong yang pertama (1957 – 1960). Baginda diputerakan pada 24 Ogos 1895 di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Tuanku Abdul Rahman mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Jempol, Negeri Sembilan, sebelum melanjutkan pelajarannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak dari tahun 1907 hingga tahun 1914. Baginda kemudiannya dihantar ke England untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Inner Temple. Baginda menamatkan pelajaran pada bulan November 1928. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |