HIKAYAT PELANDUK JENAKA | HIKAYAT PELANDUK JENAKA, sastera hikayat yang tergolong dalam jenis cerita binatang. Hikayat ini termasuk dalam golongan hikayat Melayu yang tertua, iaitu sudah diketahui sebelum abad ke-18 lagi. | SASTERA | Karya |
CERITA JENAKA | CERITA JENAKA, sekumpulan cerita yang terdapat dalam kelompok besar cerita rakyat dalam tradisi lisan Melayu yang mempunyai unsur lucu. Kelompok cerita jenaka terdiri daripada beberapa cerita pendek, yang mengandungi satu episod mengenai satu watak tertentu sahaja. | SASTERA | Konsep |
WARTA JENAKA | WARTA JENAKA, akhbar mingguan terbitan Warta Malaya Press Ltd. Akhbar ini menjadi cabang kedua kepada akhbar Warta Malaya, di samping Warta Ahad. Ia mula diterbitkan pada 7 September 1936 dan mengandungi 30 halaman. Akhbar ini diterbitkan selepas Warta Ahad mendapat sambutan hangat daripada masyarakat. Pengendalian akhbar ini diketuai oleh Abdul Rahim Kajai. Dia dibantu oleh Hashim Yunos, Ibrahim Mahmud, Ishak Haji Muhammad dan Osman Kelana. | SASTERA | Karya |
NASH, OGDEN | Nash, Ogden (1902–1971) ialah penulis puisi jenaka dan satira Amerika yang popular. Dia mencipta puisi yang unik di dalam bentuk yang ringan. | UMUM | |
KOMEDI | Komedi ialah bentuk lakon berkenaan aspek lucu atau jenaka kelakuan manusia. Kebanyakan komedi mempunyai suasana persendaan dan berakhir dengan kegembiraan. | UMUM | |
OVID | Ovid (43 S.M. – 17 M.?) ialah penyair Rom yang termasyhur. Dia paling dikenali kerana puisi cintanya yang bersifat jenaka, pintar dan canggih. | UMUM | |
ABU NAWAS | ABU NAWAS, hasil sastera rakyat Melayu yang tergolong dalam cerita jenaka. Cerita ini dianggap sebagai hasil sastera yang berasal dari luar kerana latar cerita dan pelakunya yang tidak bercorak tempatan. Ceritanya berlaku di negeri Baghdad dan Abu Nawas ialah seorang tokoh penyair dan pelawak yang berkhidmat di istana Harun ar-Rasyid. | SASTERA | Konsep |
HIKAYAT SANG KANCIL | HIKAYAT SANG KANCIL, sastera jenis cerita jenaka. Hikayat ini ditulis oleh Daeng Abdul Hamid dari Perak, kemudian ditulis kembali oleh R.O. Winstedt. Naskhah ini mengandungi 20 buah cerita. | SASTERA | Karya |
POTTER, BEATRIX | Potter, Beatrix (1866–1943) ialah pengarang dan pelukis Inggeris yang terkenal dengan cerita haiwan kecil yang menyeronokkan untuk kanak- kanak. Bukunya menggabungkan kisah pengembaraan dan jenaka serta dihiasi lukisan cat air yang cantik menggambarkan aksi dan suasana cerita itu. Cerita Potter yang pertama dan paling terkenal ialah The Tale of Peter Rabbit (1902). | UMUM | |
NABOKOV, VLADIMIR | Nabokov, Vladimir (1899–1977) ialah penulis Rusia. Novel-novelnya terkenal kerana plotnya yang sukar dan watak kompleks yang dipupuk terhadap subjek-subjeknya. Para pengkritik memuji novel- novel Nabokov kerana jenaka pintarnya, penggunaan perkataan yang rumit dan kaya dengan gaya bahasa. | UMUM | |