Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jeng.ga.la] | جڠݢالا

Definisi : sl hutan rimba; hantu ~ hantu hutan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jenggala


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
JENGGALA

JENGGALA, kerajaan Hindu yang diasaskan oleh Airlangga, pemerintahan kerajaan Jawa  Timur, Indonesia. Pada sekitar tahun 1049, iaitu sebelum Airlangga meninggalkan takhtanya untuk menjadi seorang pertapa, baginda telah membahagikan kerajaannya kepada dua untuk dua orang puteranya. Kedua-dua kerajaan yang baharu dibentuk itu ialah kerajaan Jenggala dan Panjalu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
KEDIRI

KEDIRI, kerajaan Jawa purba di bahagian barat Jawa Timur. Kerajaan ini telah dibentuk oleh Airlangga, pemerintah Jawa Timur (m.m. 1019-1041) yang membahagikan wilayah kekuasaannya kepada dua kerajaan untuk dua orang puteranya. Kerajaan yang pertama, Jenggala, meliputi Surabaya, Rembang dan Pasuruan, manakala kerajaan yang kedua, Panjalu, meliputi Kediri dan Madium. Kerajaan Panjalu, kemudiannya dikenal sebagai kerajaan Kediri. Pusat pemerintahannya di Daha. Daripada kedua-dua buah kerajaan ini, hanya Kediri yang berjaya membangun menjadi sebuah kerajaan besar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan

Kembali ke atas