| HAIWAN PUPUS | Haiwan pupus . Sesuatu spesies haiwan menjadi pupus apabila setiap jenisnya telah mati. Pemupusan ialah proses yang berlaku sejak hidupan muncul di muka bumi. | UMUM | Umum |
| PADANG RUMPUT | Padang rumput adalah salah satu daripada empat jenis utama tumbuhan semula jadi. Tiga lagi jenisnya ialah hutan, pokok renek gurun dan tundra. Kebanyakan padang rumput terletak di antara tanah yang sangat kontang, atau gurun pasir dengan tanah lembap yang diliputi hutan. Sesetengah padang rumput terdapat dalam iklim lembap. | UMUM | |
| ANACONDA | Anaconda ialah nama dua jenis ular besar yang ditemui di Amerika Selatan yang beriklim tropika. Anaconda juga dinamakan ular boa air. Satu jenisnya boleh membesar sepanjang sembilan meter atau lebih. Tetapi semua anaconda dewasa berukuran lebih daripada 4.5 meter panjang. Tidak ada ular yang terdapat di Amerika Selatan yang mencapai ukuran sepanjang itu. | UMUM | |
| AVOKADO | Avokado ialah sejenis buah pokok malar hijau dari nama yang sama (avokado). Buahnya mungkin bulat, bujur, atau berbentuk buah pir. Kulitnya berwarna hijau atau ungu gelap, bergantung pada jenisnya. | UMUM | |
| PLUMBAGO | Plumbago juga dikenali sebagai leadwort merupakan nama untuk lebih kurang sedozen jenis pokok renik yang sentiasa berbunga dan jenis tumbuhan yang memanjat. Ia merupakan tanaman yang tumbuh dengan meluasnya. Beberapa dari jenisnya ditanam di taman bunga atau di rumah. | UMUM | |
| SALVIA | Salvia ialah sekumpulan tumbuhan yang tumbuh di kawasan sederhana dan kawasan panas di dunia. Salvia mempunyai bunga berbibir dua yang berbeza-beza warnanya daripada putih dan kuning pucat hingga kepada biru, ungu dan merah marak (scarlet). Pekebun menggunakan banyak jenisnya sebagai tumbuhan hiasan, termasuk sage merah marak, yang mempunyai bunga merah terang. Ia berasal dari Brazil, tetapi ditanam di bahagianbahagian lain di dunia. Sage taman yang digunakan untuk memperisa makanan ialah salvia. Lihat juga Sage. Pengelasan saintifik. Salvia adalah dalam famili pudina, Labiatae (Lamiaceae), genus Salvia . Sage merah marak ialah spesies S. splendens dan sage taman ialah S. officinalis . | UMUM | |
| SEKS | Seks ialah apa yang membezakan lelaki daripada wanita. Seks juga menjadikan mereka tertarik dengan satu sama lain dan melibatkan perasaan dan keinginan yang mendalam. Melalui seks, lelaki dan wanita berminat dengan satu sama lain, jatuh cinta, berkahwin dan mempunyai anak. Haiwan dan tumbuhan peringkat tinggi menghasilkan jenisnya sendiri, dari generasi ke generasi, melalui pembiakan seks. Walau bagaimanapun, bagi manusia, seks melibatkan lebih lagi daripada pembiakan. Ia mempunyai kesan biologi, psikologi dan sosiologi yang semula jadi dan penting terhadap kehidupan mereka. | UMUM | |