Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.ram] | جرم

Definisi : air terjun di sungai, penderasan; berjeram mempunyai jeram: perahu jalur ini lebih cekap dan tahan digunakan bagi sungai yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.ram] | جرم

Definisi : ; menjeram membasahkan kepala (dgn air), menjaram. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.ram] | جرم

Definisi : aliran air yg deras dan agak menurun di bahagian sungai yg di dlmnya terdapat batu yg besar-besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jeram

Puisi
 

Mudik ke hulu atas jeram,
     Tanam keledek atas batu;
Bagaimana hatiku tak geram,
     Tengok kopek menongkat baju.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KOTA JERAM

KOTA JERAM, kota yang pernah wujud di tebing Sungai Jeram yang terletak dalam Jajahan Pasir Putih,  Kelantan. Kota ini dibina oleh Long Ghafar sekitar tahun 1775. Sejarah Kota Jeram berkait-rapat dengan Long Ghafar yang berasal dari reman, Patani, iaitu sepupu dengan Long Yunus, pengasas negeri Kelantan moden.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
TUAN AHMAD

TUAN AHMAD (   ?    -    ?    ), penentang British. Tuan Ahmad adalah anak Engku Besar Jeram Encik Pandak. Dia menggantikan ayahnya sebagai Engku Besar Jeram apabila ayahnya meninggal dunia. Engku Besar Jeram adalah gelaran yang diwarisi daripada Engku Perdana Menteri Long Ghaffar, yang berasal dari Reman. Long Ghaffar menerima gelaran ini dan kawasan dari Sungai Pasir Tumbuh hingga ke laut dan sampai ke sempadan Terengganu kerana bantuannya kepada Long Yunus sehingga Long Yunus berjaya menduduki takhta Kelantan. Pusat pentadbiran Long Ghaffar dikenal sebagai Kota Jeram.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PORTEJ

Portej ialah mengangkut barangan atau bot

mengikut darat di antara dua kumpulan air, atau

di sekitar beberapa kawasan halangan seperti air

terjun atau jeram. Istilah portej juga digunakan

untuk laluan darat bagi membawa barangan.

Orang Asli Amerika Utara mengembara di antara

sungai dengan tasik dengan kaedah portej.

Mereka mengembara sejauh hulu sungai, selagi

bot mereka dapat digunakan. Kemudian, mereka

membawa kanu dan barangan melalui laluan

darat untuk menuju ke anak sungai atau tasik yang

berikutnya bagi meneruskan pengembaraan

melalui air.

UMUM 
IBRAHIM OMARIBRAHIM OMAR (1936- ), penulis. Dia lahir pada 17 Jun 1936, di Kampung Jeram Landak, Mela, Kuala Lipis, Pahang. Nama sebenarnya ialah Ibrahim bin Imam Omar. Dia pernah menggunakan nama samaran Suria sewaktu menulis puisi dan Al-Mali dan Malawi apabila menulis rencana politik dan sains.SASTERATokoh
ABDUL AZIZ ISHAKABDUL AZIZ ISHAK (1914-  ), wartawan dan Menteri Pertanian yang pertama (1957-1962). Dia lahir pada 21 September 1914 di Padang Gajah, Trong, Perak. Dia belajar di Sekolah Melayu Jeram, Kuala Selangor. SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
TAMAN NEGARA YOSEMITE

Taman Negara Yosemite ialah kawasan tanah

gersang yang luas di bahagian tengah-timur

California, Amerika Syarikat. Taman ini terletak di

pergunungan Sierra Nevada, kira-kira 320 kilometer

di timur San Francisco. Terdapat kira-kira 1100

kilometer jalan denai yang kebanyakannya menuju

ke “High Sierra”, iaitu kawasan tasik yang airnya

berkilauan, penuh dengan jeram berarus deras, dan

dikelilingi oleh puncak gunung yang berceranggah.

Muzium Yosemite yang terletak di dalam taman ini

mempamerkan koleksi Orang Asli Amerika dan

hidupan liar di kawasan ini.

UMUM 
TERUSAN KAPAL WELLAND

Terusan Kapal Welland ialah salah sebuah

projek kejuruteraan Kanada yang terbesar. Ia

membentuk bahagian penting bagi Jalan Laut St.

Lawrence . Terusan ini menyediakan jalan laut yang

boleh dilayari oleh kapal sejauh 44 kilometer

antara Tasik Ontario dan Tasik Erie. Satu-satunya

hubungan semula jadi antara kedua-dua tasik ini

hanyalah melalui Air Terjun Niagara. Tetapi jeram

dan curam yang deras menyebabkan sebahagian

besar air terjun ini tidak dapat digunakan sebagai

laluan air komersial.

UMUM 
TUK JANGGUTTUK JANGGUT (1850-1915), pemimpin penentangan penjajah British di Kelantan.  Dia lahir di Kampung Saring, Jeram, Pasir Putih, Kelantan.  Nama sebenarnya ialah Haji Mat Hassan bin Munas tetapi lebih dikenal dengan panggilan Tuk Janggut.  Gelaran ini diberikan kerana dia mempunyai janggut yang panjang hingga ke paras dada.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
BAHARUDDIN ABU KASSIM, DATO'

Baharuddin Abu Kassim, Dato’ (1929-  ), arkitek yang mereka bentuk Masjid Negara dan Masjid Alam Shah. Beliau dilahirkan pada 1 Oktober 1929 di Jeram, Selangor.

KEJURUTERAANTokoh
SUNGAI SÃO FRANCISCO

Sungai São Francisco terletak di timur Brazil.

Sungai ini juga dikenali sebagai Sungai San

Francisco atau Rio São Francisco, dan berpunca di

negeri Minas Gerais. Sungai ini mengalir ke timur

laut, kemudian ke timur lalu membentuk

sempadan antara negara Bahia dengan

Pernambuco. Kemudian sungai ini berbelok ke

tenggara lalu mengalir ke Lautan Atlantik, 3199

kilometer dari puncanya. Air Sungai San Fancisco

yang mengalir dari gunung-ganang di Minas

Gerais, mengalir sebagai air terjun dan jeram,

kemudian membentuk menjadi sungai yang lebar,

sepanjang 1400 kilometer daripada laluan

tengahnya. Tetapi sejauh kira-kira 320 kilometer

dari Lautan Atlantik, sungai ini berbatu-batu dan

arus sungai ini menjadi deras.

UMUM 
12

Kembali ke atas