KOTA JERAM | KOTA JERAM, kota yang pernah wujud di tebing Sungai Jeram yang terletak dalam Jajahan Pasir Putih, Kelantan. Kota ini dibina oleh Long Ghafar sekitar tahun 1775. Sejarah Kota Jeram berkait-rapat dengan Long Ghafar yang berasal dari reman, Patani, iaitu sepupu dengan Long Yunus, pengasas negeri Kelantan moden. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
TUAN AHMAD | TUAN AHMAD ( ? - ? ), penentang British. Tuan Ahmad adalah anak Engku Besar Jeram Encik Pandak. Dia menggantikan ayahnya sebagai Engku Besar Jeram apabila ayahnya meninggal dunia. Engku Besar Jeram adalah gelaran yang diwarisi daripada Engku Perdana Menteri Long Ghaffar, yang berasal dari Reman. Long Ghaffar menerima gelaran ini dan kawasan dari Sungai Pasir Tumbuh hingga ke laut dan sampai ke sempadan Terengganu kerana bantuannya kepada Long Yunus sehingga Long Yunus berjaya menduduki takhta Kelantan. Pusat pentadbiran Long Ghaffar dikenal sebagai Kota Jeram. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PORTEJ | Portej ialah mengangkut barangan atau bot mengikut darat di antara dua kumpulan air, atau di sekitar beberapa kawasan halangan seperti air terjun atau jeram. Istilah portej juga digunakan untuk laluan darat bagi membawa barangan. Orang Asli Amerika Utara mengembara di antara sungai dengan tasik dengan kaedah portej. Mereka mengembara sejauh hulu sungai, selagi bot mereka dapat digunakan. Kemudian, mereka membawa kanu dan barangan melalui laluan darat untuk menuju ke anak sungai atau tasik yang berikutnya bagi meneruskan pengembaraan melalui air. | UMUM | |
IBRAHIM OMAR | IBRAHIM OMAR (1936- ), penulis. Dia lahir pada 17 Jun 1936, di Kampung Jeram Landak, Mela, Kuala Lipis, Pahang. Nama sebenarnya ialah Ibrahim bin Imam Omar. Dia pernah menggunakan nama samaran Suria sewaktu menulis puisi dan Al-Mali dan Malawi apabila menulis rencana politik dan sains. | SASTERA | Tokoh |
ABDUL AZIZ ISHAK | ABDUL AZIZ ISHAK (1914- ), wartawan dan Menteri Pertanian yang pertama (1957-1962). Dia lahir pada 21 September 1914 di Padang Gajah, Trong, Perak. Dia belajar di Sekolah Melayu Jeram, Kuala Selangor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
TAMAN NEGARA YOSEMITE | Taman Negara Yosemite ialah kawasan tanah gersang yang luas di bahagian tengah-timur California, Amerika Syarikat. Taman ini terletak di pergunungan Sierra Nevada, kira-kira 320 kilometer di timur San Francisco. Terdapat kira-kira 1100 kilometer jalan denai yang kebanyakannya menuju ke “High Sierra”, iaitu kawasan tasik yang airnya berkilauan, penuh dengan jeram berarus deras, dan dikelilingi oleh puncak gunung yang berceranggah. Muzium Yosemite yang terletak di dalam taman ini mempamerkan koleksi Orang Asli Amerika dan hidupan liar di kawasan ini. | UMUM | |
TERUSAN KAPAL WELLAND | Terusan Kapal Welland ialah salah sebuah projek kejuruteraan Kanada yang terbesar. Ia membentuk bahagian penting bagi Jalan Laut St. Lawrence . Terusan ini menyediakan jalan laut yang boleh dilayari oleh kapal sejauh 44 kilometer antara Tasik Ontario dan Tasik Erie. Satu-satunya hubungan semula jadi antara kedua-dua tasik ini hanyalah melalui Air Terjun Niagara. Tetapi jeram dan curam yang deras menyebabkan sebahagian besar air terjun ini tidak dapat digunakan sebagai laluan air komersial. | UMUM | |
TUK JANGGUT | TUK JANGGUT (1850-1915), pemimpin penentangan penjajah British di Kelantan. Dia lahir di Kampung Saring, Jeram, Pasir Putih, Kelantan. Nama sebenarnya ialah Haji Mat Hassan bin Munas tetapi lebih dikenal dengan panggilan Tuk Janggut. Gelaran ini diberikan kerana dia mempunyai janggut yang panjang hingga ke paras dada. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
BAHARUDDIN ABU KASSIM, DATO' | Baharuddin Abu Kassim, Dato’ (1929- ), arkitek yang mereka bentuk Masjid Negara dan Masjid Alam Shah. Beliau dilahirkan pada 1 Oktober 1929 di Jeram, Selangor. | KEJURUTERAAN | Tokoh |
SUNGAI SÃO FRANCISCO | Sungai São Francisco terletak di timur Brazil. Sungai ini juga dikenali sebagai Sungai San Francisco atau Rio São Francisco, dan berpunca di negeri Minas Gerais. Sungai ini mengalir ke timur laut, kemudian ke timur lalu membentuk sempadan antara negara Bahia dengan Pernambuco. Kemudian sungai ini berbelok ke tenggara lalu mengalir ke Lautan Atlantik, 3199 kilometer dari puncanya. Air Sungai San Fancisco yang mengalir dari gunung-ganang di Minas Gerais, mengalir sebagai air terjun dan jeram, kemudian membentuk menjadi sungai yang lebar, sepanjang 1400 kilometer daripada laluan tengahnya. Tetapi sejauh kira-kira 320 kilometer dari Lautan Atlantik, sungai ini berbatu-batu dan arus sungai ini menjadi deras. | UMUM | |