DIRI | Diri, dalam tatabahasa, ialah ciri bahasa yang menunjukkan perbezaan antara penutur, pendengar dan seseorang atau sesuatu yang diperkatakan. Jika sesuatu kata adalah bagi penutur, ia ialah diri pertama. Jika kata itu bagi pendengar, ia ialah diri kedua. Jika kata itu bagi orang atau benda lain, ia ialah diri ketiga. | UMUM | |
ELEKTROLISIS | Elektrolisis ialah proses apabila arus elektrik dialirkan melalui cecair, yang menyebabkan tindak balas kimia berlaku. Jika cecair itu air, elektrolisis “menguraikan” air kepada dua gas – hidrogen dan oksigen. Jika cecair itu larutan yang mengandungi logam, elektrolisis menguraikan larutan logam supaya tersingkir. | UMUM | |
PUSAT GRAVITI | Pusat graviti ialah titik pada sesuatu objek di mana daya graviti kelihatan bertindak. Jika sesuatu objek digantung dari mana-mana titik pada garis tegak yang melalui pusat gravitinya, objek tersebut akan tetap pegun. Tetapi jika pusat graviti condong kepada sebelah titik yang di sekelilingnya objek boleh berputar, objek itu akan berputar mengikut arah itu. | UMUM | |
MOLEKUL | Molekul adalah satu daripada unit asas jirim. Molekul ialah unsur terkecil sesuatu bahan dapat dibahagikan dan masih mempunyai sifat-sifat kimia bahan asal. Jika bahan ini dibahagikan lagi, hanya atom unsur kimia yang tinggal. Contohnya, setitis air mengandungi berbilion-bilion molekul air. Jika titisan ini boleh dibahagikan sehingga hanya satu molekul air yang tinggal, titisan yang terakhir ini masih mempunyai kesemua sifat kimia air. Tetapi, jika satu molekul air ini dibahagikan, hanya atom unsur hidrogen dan oksigen yang tinggal. | UMUM | |
PRINSIP BERNOULLI | Prinsip Bernoulli juga dikenali sebagai hukum Bernoulli atau teorem Bernoulli , menyatakan bahawa tenaga terabadi dalam bendalir (cecair atau gas) yang bergerak. Jika bendalir itu bergerak dalam arah mendatar, tekanan berkurangan apabila kelajuan bendalir meningkat. Jika kelajuan berkurangan, tekanan meningkat. Misalnya, air bergerak lebih laju melalui bahagian yang sempit dalam paip mendatar daripada melalui bahagian yang lebih lebar. Prinsip Bernoulli menjangkakan bahawa tekanan akan menjadi paling rendah apabila kelajuan paling laju. Prinsip Bernoulli dinamakan sempena nama Deniel Bernoulli (1700–1782), ahli matematik, Switzerland. | UMUM | |
ASFIKSIA | Asfiksia ialah keadaan pengsan yang terjadi apabila paru-paru tidak menyediakan oksigen yang secukupnya kepada darah. Asfiksia timbul jika pernafasan terhenti atau terhalang. Darah membawa oksigen dari paru-paru ke sel tisu di seluruh tubuh. Sel-sel ini mesti mendapat oksigen untuk hidup. Jika darah tidak lagi menerima oksigen yang secukupnya dari paru-paru, maka sel-sel itu mula mengurai dan akhirnya mati. | UMUM | |
LIANG ROMA | Liang roma ialah bukaan halus pada kelenjar kulit. Kelenjar ini adalah seperti karung kecil yang terdapat jauh dalam kulit. Sel di dalam karung ini mengeluarkan peluh jika kelenjarnya adalah kelenjar peluh, dan mengeluarkan minyak jika kelenjarnya adalah kelenjar sebum. | UMUM | |
KONFLIK KEPENTINGAN | Konflik kepentingan berlaku jika seseorang itu mempunyai kepentingan kewangan atau kepentingan lain dalam sesebuah syarikat yang membuat perniagaan berurusan dengannya. | UMUM | |
PIDATO UMUM | Pidato umum. Latihan dalam pidato umum yang berkesan merupakan satu bahagian penting dalam latihan kepemimpinan dalam apa juga bidang aktiviti. Pemidato yang menyampaikan mesej dengan baik dan berjaya mengekalkannya dikatakan sebagai pemidato yang berkesan . Jika mereka cuba menjadikan sesuatu maklumat fakta itu jelas, maka mereka dikatakan berkesan sekiranya anggota khalayak yang mendengarnya memahami fakta yang disampaikan. Jika mereka cuba memujuk anggota khalayak bersetuju untuk berbuat sesuatu atau mengubah pandangan mereka, maka pemidato itu dikatakan berkesan apabila anggota khalayak itu membuat keputusan untuk mengambil tindakan atau benar-benar mengubah pandangan mereka. Jika pemidato itu cuba menghiburkan khalayak mereka, mereka dikatakan berkesan jika khalayak mereka mempamerkan sambutannya melalui tepukan gemuruh atau ketawa sebagai menandakan mereka terhibur. | UMUM | |
KEJUTAN | Kejutan ialah keadaan berbahaya yang boleh terjadi jika darah gagal beredar dengan betul di dalam tubuh. Keadaan ini kadangkala dikenali sebagai kejutan edaran. Kejutan juga boleh terjadi kerana sebarang penyakit atau kecederaan yang serius. Ia boleh juga disebabkan oleh tekanan emosi. Kejutan yang melampau boleh menjejaskan fungsi utama tubuh dan boleh membawa maut. | UMUM | |