BA JIN | Ba Jin (1904-2005), penulis novel. Nama sebenarnya ialah Li Yaotang atau Li Feigan. Beliau dilahirkan pada 25 November 1904 di Chengdu, Sichuan, China. | SASTERA | Tokoh |
JIN | | UMUM | |
TAWABI' WA AL-ZAWABI', AL- | Tawabi‘ wa al-Zawabi‘, al- ialah karya sastera yang ditulis oleh Abu Amir Ahmad ibn Abd al- Malik ibn Shuhayd al-Qurtubiy al-Andalusiy (382– 426 H.). Karya ini merupakan kisah khayalan yang menceritakan tentang pengembaraan dalam alam jin. Wiranya bertemu dengan sasterawan-sasterawan jin lalu dia mempelajari ilmu itu daripada mereka dan dalam cerita ini berlangsung perbincangan antara mereka. Beberapa bentuk kritikan dan humor yang terhad dimasukkan ke dalamnya. | UMUM | |
PUTERI GUNUNG LEDANG | PUTERI GUNUNG LEDANG, puteri legenda. Dia dipercayai berketurunan jin dan tinggal di puncak gunung Ledang, Johor. Kisah puteri ini telah menjadi legenda bagi masyarakat Melayu di Malaysia. Cerita tentangnya terdapat dalam bentuk lisan yang disampaikan di kalangan masyarakat setempat dalam bentuk tulisan seperti dalam <I style="mso-bidi-font-style: normal"> Sejarah Melayu.I> Orang Melayu percaya puteri ini wujud, oleh itu pertuturan dan tingkah laku hendaklah dijaga jika mahu mendaki gunung tersebut. Jika tidak dipatuhi, dipercayai orang itu akan ditimpa sesuatu bencana. | BUDAYA | Konsep |
SURAH AL-JINN | Surah al-Jinn ialah salah satu daripada surah <i>Makkiyyah, i>surah yang ke-72 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 28 ayat. Surah ini dinamakan <i>al-Jinn i>kerana perbincangan surah ini berkisar tentang jin. | UMUM | |
SYAITAN | Syaitan ialah makhluk yang sangat jahat dan suka menyesatkan manusia. Dalam al-Qur’an perkataan <i>iblis i>dan <i>syaitan i>banyak kali diulang dalam ayat-ayat yang berlainan. Perkataan iblis disebut dalam bentuk kata tunggal sebanyak 11 kali, sementara perkataan syaitan disebut dalam bentuk kata tunggal dan kata jamak sebanyak 18 kali. Begitu juga perkataan <i>al-Jini> dan <i>al-Jinnah i>dalam beberapa ayat dalam al-Qur’an yang disebut dalam bentuk kata tunggal dan kata jamak kebanyakannya membawa makna syaitan. | UMUM | |
NYAI RORO KIDUL | NYAI RORO KIDUL, tokoh legenda masyarakat Jawa di Indonesia sekitar tahun 1580-an. Dia dianggap sebagai ratu atau dewi yang dipercayai boleh menguasai jin dan roh ghaib di Laut Selatan, Pulau Jawa. Keturunannya dipercayai masih menjadi penguasa Kesusuhunan dan Mangkunegaraan di Surakarta serta kesultanan dan kepakualaman di Yogyakarta dongeng yang dikisahkan dalam <I>Babad Tanah JawiI>, sejarah utama dan rasmi daripada raja-raja Mataram, Raja Mataram yang pertama daripada dinasti itu telah menikahi Nyai Roro Kidul. Semenjak itu penguasa Laut Selatan ini telah menikahi para raja Jawa. Kini, yang dianggap keturunan raja adalah daripada Susuhunan Surakarta dan Sultan Yogyakarta di puri Mangkunegaraan atau Pakualaman. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
JINS SHAMSUDIN, DATO' | JINS SHAMSUDIN, Dato’ (1935- ), pelakon, pengarah dan penerbit filem. Dia lahir pada 5 November 1935 di Taiping, Perak. Nama sebenarnya ialah Mohamed Jin bin Shamsudin. Jins dikenal dengan panggilan Zain di kalangan keluarga dan rakan-rakannya. Bapanya Samsudin bin Kassim keturunan bangsawan Batu Bara berasal dari Aceh. | BUDAYA | Tokoh |
MENURUN | MENURUN, satu keadaan yang berlaku apabila semangat dan makhluk halus diseru masuk dan meresap ke dalam tubuh seseorang bomoh. Menurun juga digunakan sebagai suatu kaedah dalam pengubatan tradisional. Untuk mewujudkan keadaan menurun, bomoh yang mengamalkan kaedah ini biasanya mempunyai ‘khadam’ ataupun bersahabat dengan orang halus dan jin yang akan meresap ke dalam tubuh bomoh setiap kali ia dipanggil dan diseru ketika upacara mengubati pesakit. Upacara menurun dilakukan untuk memulihkan pesakit yang terkena ilmu guna-guna, dirasuk hantu, keteguran dan sebagainya. | BUDAYA | Kaedah |