HAIWAN JINAK | | UMUM | |
TERNAKAN | Ternakan adalah haiwan peliharaan jinak yang dipelihara untuk menghasilkan makanan dan hasil lain yang berharga. Kulit sesetengah ternakan menghasilkan bahan-bahan yang juga penting seperti barangan kulit dan bulu. Pelbagai organ ternakan menghasilkan ubat-ubatan bagi kegunaan orang ramai. | UMUM | |
KELDAI | Keldai ialah nama yang diberi kepada keldai baka jinak. Keldai liar di utara dan timur laut Afrika adalah leluhur kepada keldai. Keldai liar kelihatan seperti kuda belang tetapi tidak berbelang, kecuali kadangkala pada kakinya. Keldai tingginya lebih kurang 1.2 meter pada paras bahu. Bulunya berwarna kelabu dengan garis lebih gelap di sepanjang belakangnya. Ciri-ciri lain haiwan ini adalah telinga yang panjang, tapak kaki yang kecil, dan bulu yang panjang di hujung ekornya. Pembiak baka terpilih menghasilkan keldai yang berbeza-beza saiz, warna dan bulunya. | UMUM | |
AUROCHS | Aurochs, juga dikenali sebagai urus , nama sejenis lembu liar yang telah pupus. Lembu jinak yang ada sekarang berasal daripada auroch. Lebih kurang 10 000 tahun dahulu, auroch dapat ditemui di seluruh Eropah, Asia, dan Afrika Utara. | UMUM | |
KUANG BAYAS | Kuang bayas ialah nama beberapa spesies burung bersaiz sederhana hingga besar yang berkaitan rapat dengan ayam bela jinak. Kebanyakan kuang bayas ialah burung asas di Asia Tenggara, China, Jepun atau Asia Tengah. Bagaimanapun, sesetengah spesies telah dibawa ke banyak bahagian lain di dunia, tempat ia dibiakkan dan dilepaskan untuk diburu. Manusia memburu kuang bayas sebagai satu kegiatan dan untuk dagingnya yang sedap. Kuang bayas juga diburu kerana bulunya yang menarik. | UMUM | |
SENGKENIT | Sengkenit ialah haiwan halus yang menghisap darah, yang berkaitan dengan hama, labah-labah dan kala jengking. Sengkenit berbentuk bujur. Ia adalah parasit, iaitu ia hidup pada haiwan-haiwan lain. Sengkenit dan hama menyebabkan pelbagai penyakit pada manusia dan pada haiwan bela jinak. Sengkenit sering membawa kuman penyakit tertentu dalam badannya dan memindahkan kuman ini ke dalam darah mangsanya. Kadangkala gigitan sengkenit adalah beracun. Ada kes gigitannya menyebabkan lumpuh. Bagaimanapun, kes demikian tidak biasa berlaku, dan mangsa biasanya pulih dengan cepat apabila sengkenit dibuang. | UMUM | |
ARNAB | Arnab ialah haiwan kecil yang berbulu lembut, bertelinga panjang dan mempunyai ekor pendek yang gebu. Arnab tidak berjalan atau berlari seperti haiwan berkaki empat yang lain. Arnab bergerak dengan meloncat-loncat menggunakan kaki belakang yang panjang dan lebih kuat daripada kaki hadapan. Arnab juga menggunakan kaki hadapan apabila bergerak. Haiwan ini mengimbangi diri pada kaki hadapannya seperti manusia mengimbangkan tangan apabila bermain lompat katak. Apabila dikejar musuh, arnab boleh meloncat sehingga 30 kilometer sejam. Ramai kanak-kanak memelihara arnab sebagai haiwan kesayangan dan banyak kedai menjual arnab jinak yang dipelihara untuk dijadikan haiwan kesayangan. | UMUM | |