SENOPATI ( ? -1601), pengasas Kesultanan Mataram (1582-1601). Mataram muncul selepas keruntuhan kerajaan Majapahit pada abad ke-16. Mataram pada asalnya adalah sebuah daerah di Jawa Tengah dan menjadi sebahagian daripada kerajaan Majapahit. Kelemahan pemerintahan kerajaan Majapahit pada penghujung abad ke-16, menyebabkan banyak tanah jajahannya seperti Pajang, Jipang, Surabaya dan Demak membebaskan diri. Antara negeri yang terbesar ialah Pajang dan Jipang. Kedua-duanya bersaing hebat dan bermusuhan. Dalam proses pertelingkahan itu, Pajang yang dipimpin oleh Pangeran Adiwijoyo telah dibantu oleh Kiai Gadai Pemanahan. Sebagai menghargai jasanya mengalahkan Jipang, Mataram telah dihadiahkan kepadanya. Sejak itu, Mataram mula berkembang dan membangun menjadi sebuah negeri yang kuat.
Thanks for clicking. That felt good.