JIRIM GELAP | | UMUM | |
JIRIM | | UMUM | |
JIRIM HITAM | Jirim hitam ialah jirim yang merangkumi 90% daripada jirim alam semester tetapi tidak dapat dikesan melainkan dengan kesan gravitinya. | FIZIK | Konsep |
ZARAH | Jirim terkecil yang boleh dipisahkan daripada jirim pukal. Sebagai contoh, habuk kayu ialah zarah kayu. Begitu juga dengan debu, iaitu zarah tanah liat atau pasir. Saiz zarah ditentukan dengan skrin Tyler. ....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
AIR MINERAL | Air mineral yang juga dikenali air terudara atau air galian ialah mata air yang mengandungi jirim mineral atau gas yang tinggi. Jirim mineral termasuk garam, garam Epsom, kapur, magnesia, besi, silika, boron, fluorin, dan banyak lagi jirim lain, termasuk juga bahan radioaktif. | UMUM | |
ANAXAGORAS | Anaxagoras (500?–428 S.M.) ialah ahli falsafah Yunani yang awal. Dia membahaskan bahawa perubahan jirim tidak berlaku, meskipun ia kelihatan seperti berlaku. Anaxagoras mengandaikan bahawa semua benda terdiri daripada begitu banyak “biji benih” pelbagai jenis jirim. Biji-biji benih ini tidak pernah berubah, tetapi hadir bercampur dalam kombinasi yang berbeza-beza. Perubahan jelas jirim hanyalah merupakan kombinasi semula biji-biji benih yang tidak berubah. Untuk membolehkan berlakunya kombinasi semula ini, gerakan diperlukan. | UMUM | |
KUMBAHAN | Kumbahan ialah air yang mengandungi jirim buangan yang dihasilkan oleh manusia. Kumbahan juga dikenali sebagai air buangan. Ia mengandungi kira-kira satu per sepuluh daripada satu peratus jirim pepejal. Kumbahan datangnya dari sink dan tandas di rumah kediaman, restoran, bangunan pejabat dan kilang. Kumbahan mengandungi bahan larut yang tidak boleh dilihat, berserta cebisan jirim pepejal seperti najis manusia dan sampah yang telah dikisar. Sesetengah kumbahan juga mengandungi tanah dan air larian permukaan yang berlaku selepas ribut atau banjir. Kebanyakan kumbahan juga mengandungi bahan kimia yang berbahaya dan bakteria yang boleh mendatangkan penyakit. | UMUM | |
ANTIJIRIM | Antijirim ialah jirim yang terdiri daripada zarah asas yang bertentangan dengan zarah biasa. Zarah yang bertentangan ini dinamakan antizarah . Sesuatu antizarah betul-betul sama sifatnya dengan zarah biasa kecuali casnya yang bertentangan. Contohnya, elektron ialah zarah biasa yang mempunyai cas elektrik negatif. Antizarahnya, iaitu positron, betul-betul sama dengannya kecuali positron mempunyai cas elektrik positif. Antizarah juga bergabung seperti zarah biasa. Contohnya, antineutron boleh bergabung dengan antiproton dan dengan itu membentuk antideuteron, iaitu nukleus atom antideuterium. | UMUM | |
PEREPUTAN | Pereputan ialah proses apabila jirim haiwan atau tumbuhan yang telah mati terurai menjadi sebatian ringkas. Hasil uraian yang ringkas ini boleh digunakan sebagai makanan oleh benda hidup seperti tumbuhan. Pereputan adalah proses yang penting dalam alam sekitar. Bahan buangan yang dikeluarkan oleh haiwan, serta haiwan dan tumbuhan yang mati disingkirkan melalui proses ini. Pereputan juga kadangkala dikenali sebagai penguraian atau pembusukan . | UMUM | |
PERUBAHAN FIZIKAL | Perubahan fizikal ialah perubahan jirim daripada satu bentuk kepada bentuk lain tanpa perubahan struktur kimia, keterlarutan, warna, rasa, atau bau. | UMUM | |