SPEKTROSKOPI JISIM | Spektroskopi jisim, juga dinamakan spektrometri jisim ialah satu kaedah untuk memisahkan atom atau molekul yang diionkan, mengikut jisim (m) dan cas elektriknya (z). Ia melibatkan penggunaan alat yang dinamakan spektrometer jisim. Spektroskopi jisim merupakan satu cara yang berkesan untuk mengenal unsur, isotop dan molekul. Ia juga boleh digunakan untuk menentukan komposisi dan struktur kimia sesuatu bahan yang lebih kompleks. | UMUM | |
NOMBOR JISIM | Nombor jisim lihat Atom (Nombor jisim). | UMUM | |
JISIM | | UMUM | |
KETUMPATAN | Ketumpatan ialah jisim – iaitu jumlah jisim – dalam unit isi padu bagi mana-mana bahan. Ketumpatan bahan boleh didapati dengan membahagikan jisim dengan isi padunya. | UMUM | |
PEMINDAHAN JISIM | Operasi yang terdapat dalam setiap loji pemprosesan industri kimia, petrokimia, gas asli, petroleum, makanan, elektronik, dan biologi. Dalam industri tersebut, bahan mentah diproses secara kimia atau fizik untuk menghasilkan produk yang lebih berharga. Walaupun setiap industri melibatkan bahan mentah dan produk yang berbeza, ia menggunakan operasi pemprosesan tertentu yang mempunyai persamaan antara satu industri dengan industri yang lain. Pemisahan minyak mentah dengan menggunakan penyulingan, pemisahan pepejal daripada ampaian menggunakan penurasan, dan penyingkiran air melalui penyejatan merupakan contoh operasi unit yang digunakan dalam industri. Setiap operasi unit seperti penyulingan berbeza dari segi fizikal bagi industri petrokimia dan industri pemprosesan minyak sawit, tetapi direka bentuk berasaskan teknik dan prinsip yang sama. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
HUKUM KEABADIAN JISIM | | UMUM | |
KILOGRAM | Kilogram ialah unit jisim (kuantiti jirim) dalam sistem metrik. Ia ialah salah satu unit asas dalam sistem sukatan ini, dan simbolnya ialah kg. Satu kilogram mempunyai jumlah jisim yang hampir sama dengan 1000 sentimeter padu air pada suhu 4°C. Kilogram juga digunakan untuk menyukat berat. | UMUM | |
PROMETIUM | Prometium ialah unsur kimia dengan simbol Pm. Ia adalah satu daripada logam nadir bumi. Nombor atomnya ialah 61, isotopnya yang paling stabil mempunyai nombor jisim 145, dan isotopnya yang paling banyak mempunyai nombor jisim 147. | UMUM | |
NIER, ALFRED OTTO CARL | Nier, Alfred Otto Carl (1911–1994), ahli fizik Amerika yang mendapat pengiktirafan setelah menghasilkan spektrografi jisim dan penggunaannya dalam penyelidikan nuklear. Dia mengkhusus dalam kajian isotop (atom yang mempunyai unsur yang sama dengan berat atom yang berbeza) dan penentuan jisim yang tepat. | UMUM | |
AWAN | Awan ialah jisim titisan air kecil atau hablur ais halus yang terapung di udara. Awan putih gebu yang terapung merentang langit biru, atau awan yang berwarna-warni pada waktu matahari terbenam merupakan sebahagian daripada keindahan semula jadi. Awan juga memainkan peranan penting bagi menentukan cuaca bumi. Air yang mencurah turun daripada awan sebagai hujan atau salji penting bagi semua bentuk kehidupan. Awan boleh juga membawa kemusnahan, malah ada kalanya kemalangan jiwa, apabila ia menurunkan hujan batu atau tornado. | UMUM | |