| JOGET | JOGET, tarian dan lagu Melayu. Joget juga bermaksud ‘menari’ atau ‘bertandak’. Istilah ini digunakan dengan meluas di dunia Melayu sebagai istilah generik bagi seni tari. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
| TARIAN GAMELAN | TARIAN GAMELAN, tarian tradisional negeri Pahang dan Terengganu. Tarian ini terkenal juga pada awalnya dengan nama joget Pahang. Mengikut sejarahnya, tarian ini mula berkembang di negeri tersebut pada akhir abad ke-19. Tarian ini merupakan tarian istana dan kegemilangannya digerakkan oleh kalangan istana. Pada sekitar tahun 1920-an, tarian ini mendapat tempat di istana Kuala Terengganu dan semasa di sini tarian ini juga dinamakan tarian yang mengandungi ‘cerita’. Nama tarian gamelan lebih merujuk kepada set alat bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |