HUIZINGGA, JOHAN | | UMUM | |
JOHAN JAAFAR | JOHAN JAAFAR (1953- ) penulis drama dan penggiat teater. Dia lahir pada 9 November 1953 di Sungai Balang, Muar, Johor. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Inggeris di Semerah, Batu Pahat, Johor. | BUDAYA | Tokoh |
ELORDE, CIRILO GABRIEL | Elorde, Cirilo Gabriel (1935–1985), petinju Filipina, menjadi johan dunia pada tahun 1956 dan tahun 1960. | UMUM | |
DEKATLON | Dekatlon ialah pertandingan yang memakan masa selama dua hari dalam sepuluh acara untuk menentukan johan secara keseluruhan. Atlet akan bertanding dalam acara pecut 100 meter, lompat jauh, lontar peluru, lompat tinggi, dan larian 400 meter dalam urutan yang sama pada hari yang pertama. Acara pada hari kedua ialah lari berhalangan 110 meter, lempar cakera, lompat bergalah, lontar lembing dan lari 1500 meter. Atlet bertanding melawan masa dan jarak piawaian yang telah ditetapkan, bukannya bertanding antara satu sama lain. Setiap acara dapat menghasilkan hingga 1200 mata. Atlet yang meraih mata keseluruhan yang paling banyak memenangi pertandingan dekatlon ini. | UMUM | |
KONRADS | Konrads ialah nama keluarga bagi dua adik-beradik yang menjadi johan renang Australia. Mereka lahir di Latvia dan berhijrah ke Australia pada tahun 1949. Mereka kemudiannya menjadi rakyat Australia. Kedua-duanya, Jon dan Ilsa, dikenali sebagai Konrads Kids. | UMUM | |
KOTAKU OH KOTAKU | KOTAKU OH KOTAKU, drama lima babak karya Johan Jaafar. Drama ini dipentaskan buat kali pertama di panggung Eksperimen, Universiti Malaya pada tahun 1975. Pengarah drama ini ialah Johan Jaaffar sendiri dan dilakonkan oleh ahli Kumpulan Kesenian Universiti Malaya (KESUMA). | BUDAYA | Karya |
SHARIFAH AINI | SHARIFAH AINI, Datuk (1953- ), biduanita negara dan pelakon. Nama sebenarnya ialah Sharifah Aini binti Syed Jaafar. Beliau lahir pada 2 Julai 1953 di Singapura dan dibesarkan di Johor Bahru, Johor. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Sultan Ibrahim dan Sekolah Agama Maahad Johor Baru. Ketika di bangku sekolah lagi, beliau telah menunjukkan bakatnya dalam bidang seni suara, iaitu dengan membaca al-Quran dan menyanyi. Beliau pernah mewakili sekolahnya dalam pertandingan membaca al-Quran dan memenangi hadiah Johan Seni di sekolahnya pada tahun 1968. Pada tahun 1969, beliau menyertai peraduan nyanyian anjuran Radio dan Televisyen Singapura (RTS) dan berjaya menduduki tempat kedua. | BUDAYA | Tokoh |