Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jong] | جوڠ

Definisi : kapal layar Cina; ~ pebujangan sl sj jong diraja; ~ pe­nang­gahan sl jong tempat memasak; ~ pecah yu kenyang prb dlm keadaan kacau (huru-hara) tentu ada orang yg mendapat ke­untungan; dr ~ turun ke sampan prb (orang yg) turun pangkatnya (kedudukannya); se­puluh ~ masuk, anjing bercawat ekor juga prb orang yg tidak mengendahkan perubahan dan kemajuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jong] | جوڠ

Definisi : ; bintang ~ gugusan bintang (juga disebut biduk). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jong] | جوڠ

Definisi : kapal layar Cina. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jong
Rujuk :kapal

Puisi
 

Kain berkocak jong sarat,
     Jong bermuat geluk kaca;
Bau wangi dalam surat,
     Dicium dulu baru dibaca.


Lihat selanjutnya...(7)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
JONG UMUM 
MAHJUNG

Mahjung juga dieja mah jong atau mah-jong

ialah sejenis permainan orang Cina yang

berkembang pada tahun 1800-an. Mahjung

dipercayai berasaskan permainan yang dimainkan

di China semenjak lebih kurang tahun 500 S.M.

Mahjung sama dengan permainan rummy, iaitu

sejenis permainan kad. Walau bagaimanapun,

sebagai ganti kad, mahjung dimainkan dengan

buah kecil, bersegi empat tepat yang diukir

dengan lukisan dan lambang Cina. Terdapat 136

buah piawai yang terdiri daripada buah angin,

buah naga dan tiga jenis sama bunga – titik, krak

dan bam. Sama bunga diberi nombor dari 1 hingga

9. Terdapat empat buah yang serupa untuk setiap

jenis. Kebanyakan set mahjung turut mempunyai

lapan buah bonus yang mewakili bunga dan

musim.

UMUM 
TANAH AIR

TANAH AIR, puisi Muhammad Yamin yang diterbitkan pada tahun 1922, untuk menyambut ulang tahun kelima Jong Sumatranen Bond (Perkumpulan Pemuda Sumatera) di Jakarta.  Sebelum diterbitkan dalam bentuk buku, tiga bait sajak “Tanah Air” ini pernah dimuatkan dalam majalah Jong Sumatera pada tahun 1920.

SASTERAKarya
SYAIR SULTAN MAULANA

SYAIR SULTAN MAULANA, puisi Melayu tradisional. Naskhah syair ini ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi dan mempunyai 1 102 rangkap. Nama pengarang syair ini tidak diketahui dengan tepat tetapi ialah seorang pembesar yang ikut serta dalam peperangan antara Siam dengan Burma untuk merebut Pulau Jong Salang. Pembesar ini daripada angkatan Kedah yang diperintahkan oleh Siam untuk membantu mereka. Pengarang menghasilkan karya ini atas kehendaknya sendiri. Syair ini dinamakan Syair Sultan Maulana mengambil sempena nama Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah (1797-1845).  Syair Sultan Maulana telah diterbitkan pada tahun 1980 oleh Penerbit Universiti Malaya dengan tajuk Syair Sultan Maulana; Suatu Penelitian Kritis tentang Hasil Persejarahan Melayu Tradisional. Pada tahun 1985, C. Skinner telah menghasilkan buku The Battle for Junk Ceylon (Syair Sultan Maulana) dan pada tahun 1986, kajian oleh Siti Hawa Salleh “Review: The Battle for Junk Ceylon Edited by C. Skinner.

SASTERAKonsep
TEMBELING

TEMBELING, tapak arkeologi terbuka yang mewakili zaman prasejarah di Malaysia, terutamanya di sepanjang Sungai Tembeling. Kawasan ini terletak di daerah Jerantut, utara Pahang. Di kawasan tersebut telah ditemukan banyak tapak prasejarah yang mendedahkan artifak daripada kebudayaan Neolitik dan Logam. Terdapat sejumlah 12 tapak arkeologi di sepanjang Sungai Tembeling dan membuktikan penemuan artifak daripada dua kebudayaan tersebut. Tapak-tapak tersebut ialah Nyong, Batu Pasir Garam, Teluk Lubuk Puai, Bukit Jong, Kampung Pagi, Kampung Bantal, Jeram Koi, Bukit Komel, Kampung Mat Daling, Kampung Gusai dan Kampung Pengau yang terletak di sepanjang Sungai Tembeling dan cawangannya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
NAKHODA TENGGANG

NAKHODA TENGGANG , cerita rakyat yang digolongkan dalam cerita dongeng teladan. Cerita ini dikenal juga dengan cerita “Si Tenggang”. Tarikh cerita ini tercipta tidak diketahui. Cerita ini berkembang dalam masyarakat Melayu secara lisan dari satu generasi ke satu generasi. Cerita Nakhoda Tenggang atau “Si  Tenggang” ini terdapat juga di beberapa negeri. Di Pahang, cerita ini dikatakan berlaku di Tasik Bera. Di Negeri Sembilan, cerita ini dikaitkan dengan Bukit Jong, berhampiran Seremban. Di Johor, cerita ini dikaitkan dengan Bukit Tereh, tidak jauh dari Bandar Maharani, Muar. Di Selangor, cerita ini dikaitkan dengan Batu Caves.

SASTERAKarya

Kembali ke atas