MAHJUNG | Mahjung juga dieja <I>mah jong I>atau <I>mah-jong I> ialah sejenis permainan orang Cina yang berkembang pada tahun 1800-an. Mahjung dipercayai berasaskan permainan yang dimainkan di China semenjak lebih kurang tahun 500 S.M. Mahjung sama dengan permainan <I>rummyI>, iaitu sejenis permainan kad. Walau bagaimanapun, sebagai ganti kad, mahjung dimainkan dengan buah kecil, bersegi empat tepat yang diukir dengan lukisan dan lambang Cina. Terdapat 136 buah piawai yang terdiri daripada buah angin, buah naga dan tiga jenis sama bunga – titik, krak dan bam. Sama bunga diberi nombor dari 1 hingga 9. Terdapat empat buah yang serupa untuk setiap jenis. Kebanyakan set mahjung turut mempunyai lapan buah bonus yang mewakili bunga dan musim. | UMUM | |
JONG | | UMUM | |
TANAH AIR | TANAH AIR, puisi Muhammad Yamin yang diterbitkan pada tahun 1922, untuk menyambut ulang tahun kelima Jong Sumatranen Bond (Perkumpulan Pemuda Sumatera) di Jakarta. Sebelum diterbitkan dalam bentuk buku, tiga bait sajak “Tanah Air” ini pernah dimuatkan dalam majalah <I style="mso-bidi-font-style: normal">Jong SumateraI> pada tahun 1920. | SASTERA | Karya |
SYAIR SULTAN MAULANA | SYAIR SULTAN MAULANA, puisi Melayu tradisional. Naskhah syair ini ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi dan mempunyai 1 102 rangkap. Nama pengarang syair ini tidak diketahui dengan tepat tetapi ialah seorang pembesar yang ikut serta dalam peperangan antara Siam dengan Burma untuk merebut Pulau Jong Salang. Pembesar ini daripada angkatan Kedah yang diperintahkan oleh Siam untuk membantu mereka. Pengarang menghasilkan karya ini atas kehendaknya sendiri. Syair ini dinamakan <I style="mso-bidi-font-style: normal">Syair Sultan MaulanaI> mengambil sempena nama Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah (1797-1845). Syair Sultan Maulana telah diterbitkan pada tahun 1980 oleh Penerbit Universiti Malaya dengan tajuk Syair <I style="mso-bidi-font-style: normal">Sultan Maulana; Suatu Penelitian Kritis tentang Hasil Persejarahan Melayu TradisionalI>. Pada tahun 1985, C. Skinner telah menghasilkan buku <I style="mso-bidi-font-style: normal">The Battle for Junk CeylonI> (<I style="mso-bidi-font-style: normal">Syair Sultan MaulanaI>) dan pada tahun 1986, kajian oleh Siti Hawa Salleh “Review: The Battle for Junk Ceylon Edited by C. Skinner. | SASTERA | Konsep |
TEMBELING | TEMBELING, tapak arkeologi terbuka yang mewakili zaman prasejarah di Malaysia, terutamanya di sepanjang Sungai Tembeling. Kawasan ini terletak di daerah Jerantut, utara Pahang. Di kawasan tersebut telah ditemukan banyak tapak prasejarah yang mendedahkan artifak daripada kebudayaan Neolitik dan Logam. Terdapat sejumlah 12 tapak arkeologi di sepanjang Sungai Tembeling dan membuktikan penemuan artifak daripada dua kebudayaan tersebut. Tapak-tapak tersebut ialah Nyong, Batu Pasir Garam, Teluk Lubuk Puai, Bukit Jong, Kampung Pagi, Kampung Bantal, Jeram Koi, Bukit Komel, Kampung Mat Daling, Kampung Gusai dan Kampung Pengau yang terletak di sepanjang Sungai Tembeling dan cawangannya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
NAKHODA TENGGANG | NAKHODA TENGGANG , cerita rakyat yang digolongkan dalam cerita dongeng teladan. Cerita ini dikenal juga dengan cerita “Si Tenggang”. Tarikh cerita ini tercipta tidak diketahui. Cerita ini berkembang dalam masyarakat Melayu secara lisan dari satu generasi ke satu generasi. Cerita <i style="mso-bidi-font-style: normal">Nakhoda Tenggangi> atau “Si Tenggang” ini terdapat juga di beberapa negeri. Di Pahang, cerita ini dikatakan berlaku di Tasik Bera. Di Negeri Sembilan, cerita ini dikaitkan dengan Bukit Jong, berhampiran Seremban. Di Johor, cerita ini dikaitkan dengan Bukit Tereh, tidak jauh dari Bandar Maharani, Muar. Di Selangor, cerita ini dikaitkan dengan Batu Caves. | SASTERA | Karya |