Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jual] | جوال

Definisi : bp = berjual, menjual; ~ lagak me­nunjuk-nunjukkan lagak, (berlagak) som­bong; ~ mahal tidak mudah atau segera menerima atau menyetujui sesuatu; ~ murah a) menjual barang dgn potongan harga yg banyak; b) mudah atau lekas menerima atau menyetujui sesuatu; harga ~ harga barang tertentu yg dijual; berjual 1. mencari rezeki (nafkah, pen­da­patan, dsb) dgn memperniagakan sesuatu, berniaga: di Taiping banyak orang yg ~ nasi di tepi jalan; 2. Mn sudah (akan) dijual: kain-kain tiada ~ lagi; berjualan (bkn beberapa atau ramai bilangan peniaga) berniaga, berdagang: di situ ramai juga orang ~; menjual menukar barang dgn wang (memberi barang utk mendapat wang): seorang pegawai Inggeris pernah melihat buku itu dan di­mintanya aku ~ buku tersebut kepadanya; ~ akad menjual dgn perjanjian; ~ aksi Id = ~ lagak (tampang) terlalu berlagak mem­peragakan diri; ~ bangsa mengkhianati bangsa dan negara sendiri; ~ bicara = ~ omong Id pandai bercakap sahaja tetapi tidak berbuat apa-apa; ~ diri bp melacur; ~ kepala a) mem­buat sesuatu hanya utk faedah orang lain; b) menjadi askar sewaan; ~ lepas = ~ mutlak men­jual tanpa sesuatu perjanjian (tidak boleh ditebus lagi); ~ muka = ~ rupa mencari nafkah dgn menunjukkan rupa kpd orang ramai; ~ nama menggunakan nama orang utk ke­pentingan sendiri dll; ~ rugi menjual barang dgn menanggung rugi; ~ petai hampa = ~ tangkai cangkul sekah = ~ tangkai pangkur dedap prb percakapan yg tidak ada kebenarannya, omong kosong; dijual dahulu maka dibeli = telah dijual, maka dibeli prb difikirkan dahulu masak-masak, barulah dikerjakan; menjuali acap kali menjual, banyak barang yg dijual; menjualkan menjual sesuatu utk orang lain: jikalau nenek hendak ke dalam, tolonglah jual­kan beta cincin ini; terjual 1. sudah dijual: semua barang dagang­an di kedai itu habis ~; 2. sahaja hendak dijual;~ terbeli prb Mn apa yg dikehendaki drpd orang lain hendaknya berani pula dikerjakan sendiri; jualan 1. barang-barang yg dijual, dagangan: hasil tanamannya adalah utk ~; 2. berjualan; ~ garaj jualan barang-barang peribadi yg sudah digunakan, di kawasan rumah seseorang (biasanya di garaj); ~ lambak jualan pelbagai barang, biasanya dgn harga yg murah; ~ langsung jualan sesuatu barangan secara terus oleh pengedar kpd pengguna; ~ lelong jualan sesuatu barangan dgn harga yg sangat murah, biasanya si penjual memanggil-manggil pe­langgan; ~ murah jualan barang-barang dgn tawaran potongan harga yg agak banyak; ~ penghabisan stok jualan yg dilakukan utk menghabiskan stok barang di sesebuah kedai, pasar raya dsb, biasanya dgn harga yg lebih murah drpd harga biasa; ~ singkat (Eko) jualan saham yg dilakukan oleh penspekulasi utk saham yg tidak dimilikinya bagi tujuan men­dapatkan keuntungan; ~ tender jualan barang dsb dgn cara membuat tawaran harga; penjualan 1. perbuatan (kerja) menjual: ada kemungkinan ~ candu akan dihalalkan oleh kerajaan; 2. Id tempat menjual: ~ karcis (garam dll); penjual orang yg menjual sesuatu: ~ akhbar; ~ bangsa pengkhianat kpd nusa dan bangsa; menteri ~ ark pegawai negeri yg diberi tugas menjual candu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jual] | جوال

Definisi : ; berjual berpencarian dgn memperniagakan sesuatu; berniaga; berdagang: Bapanya ~ nasi lemak di perhentian bas. ~ beli menjual dan membeli barang-barang; berniaga. menjual memberikan barang dgn mengambil wang: Pekedai itu ~ barang-barangnya dgn harga yg berpatutan. ~ nama memakai nama orang utk kepentingan sendiri atau utk menipu. menjualkan menjual sesuatu utk orang lain. terjual telah atau dpt dijual. jualan barang-barang yg dijual; dagangan. ~ langsung cara menjual sesuatu barangan secara terus oleh pengedar kpd pengguna. penjualan perbuatan atau hal menjual: ~ rumah-rumah mewah agak lembap sekarang. penjual orang yg menjual. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jual

Puisi
 

Kalau ubi hendak dijual,
     Jual sekali pegaga di sawah;
Berdetak di hati terbit kesal,
     Manalah terduga akannya padah.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Laksana cempedak mambung,
     pulur saja jual tak laku.

Bermaksud :

Perempuan gemuk yang tidak disukai orang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PUSAT JUAL BELI

Pusat jual beli ialah sejenis pasar tempat

barang dagangan dibawa untuk dijual atau ditukar

dengan barangan lain. Di Amerika Syarikat, pusat

ini memberi perkhidmatan kepada kaum Orang

Asli Amerika, Navajo yang tinggal di petempatan

simpanan besar di Arizona, New Mexico, dan Utah.

Antara barangan yang diurusniagakan termasuk

makanan, pakaian, dan peralatan ladang.

UMUM 
JUAL JANJI

JUAL JANJI, pinjaman kewangan yang diamalkan oleh penduduk desa yang memiliki tanah.  Jual janji ini merujuk kepada peminjam yang memiliki tanah bersetuju untuk menjadikan tanah miliknya sebagai sandaran dalam pembayaran pinjaman.

BUDAYAKonsep
MU'AMALAT

Mu’amalat ialah apa sahaja yang berlaku di

kalangan manusia yang berkaitan dengan urusan

kewangan, jual beli, penarikan balik perjanjian

dan perkongsian syarikat. Jual beli ialah

pemindahan atau tukaran hak milik sesuatu

barangan seperti pakaian, rumah dan tanah

kepada orang lain atau orang kedua. Jual beli

mempunyai pelbagai jenis, antaranya ialah

memberi sewa. Penyewaan ialah menjual sesuatu

barang yang bermanfaat seperti rumah dan lain-lainnya

dalam suatu tempoh masa tertentu

dengan kadar bayaran yang tertentu. Riba pula

ialah menjual harta dengan harta yang sama jenis

dengannya mengikut kadar penambahan tertentu.

Ia termasuk dalam jual beli yang haram.

Pendermaan pula ialah pemindahan hak milik

barangan seperti hadiah dan pemberian sedekah.

UMUM 

Kembali ke atas