SURTEES, JOHN | Surtees, John (1934– ), pelumba motosikal dan pelumba kereta British, juara dunia bagi motosikal 500 cc pada tahun 1956, 1958, 1959 dan tahun 1960. Dia juga menyandang kejuaraan dunia untuk motosikal 350 cc pada tahun 1958, 1959 dan tahun 1960. Pada akhir tahun 1960, dia bersara daripada perlumbaan motosikal dan bergiat pula dalam lumba kereta. Dia memenangi gelaran juara lumba kereta dunia pada tahun 1964. Dia mereka bentuk dan membina kereta lumbanya sendiri pada tahun 1970. Surtees lahir di Tatsfield, Surrey, England. | UMUM | |
DEVOY, SUSAN | Devoy, Susan (1964– ) ialah juara skuasy wanita New Zealand, dan bertaraf pemain utama dunia pada pertengahan tahun 1980-an. | UMUM | |
ALI, MUHAMMAD | Ali, Muhammad (1942– ) ialah juara tinju heavyweight yang pertama memenangi gelaran dunia sebanyak empat kali. | UMUM | |
REES, DAI | Rees, Dai (1913–1983) ialah bekas juara golf Wales dan ketua pasukan Ryder Cup, yang telah memenangi banyak pertandingan golf utama. | UMUM | |
RUDY HARTONO KURNIAWAN | jaguh badminton Indonesia dan juara All England 8 kali. | SUKAN | Tokoh |
TERN ARTIK | Tern Artik , ialah burung laut yang sering dinamakan juara penghijrahan di dunia. Ia berhijrah lebih jauh daripada burung-burung lain. Burung ini panjangnya lebih kurang 45 sentimeter, berbulu kelabu kebiruan, hitam dan putih, berkaki dan bermuncung berwarna merah. Tern artik membiak di Artik dan di sepanjang pantai utara Lautan Atlantik dan Pasifik. Pada akhir bulan Ogos, burung ini dan anaknya memulakan perjalanan jauh ke pesisir Antartika dan pulau-pulau yang berdekatan. Kemudian, ia terbang ke utara sekali lagi dan tiba di Artik kira-kira pada pertengahan bulan Jun. Pengelasan saintifik. Tern artik tergolong dalam famili burung camar dan tern, iaitu Laridae. Ia adalah Sterna paradisaea . Lihat juga Tern. | UMUM | |
MARCIANO, ROCKY | Marciano, Rocky (1923–1969), peninju Amerika, yang menjadi juara tinju heavyweight dunia dari tahun 1952 hingga tahun 1956. Dia bersara pada tahun 1956 selepas memenangi kesemua 49 perlawanan profesionalnya. | UMUM | |
ROSE, LIONEL | Rose, Lionel (1948– ) ialah peninju Orang Asli Australia. Dia menjadi juara tinju bantam weight dunia pada tahun 1968. Dia menewaskan peninju Jepun, Masahiko “Fighting” Harada mengikut kiraan mata dalam perlawanan untuk merebut gelaran ini di Tokyo. Kemenangan ini adalah yang ke-16 berturut-turut bagi Rose. Dengan kemenangan ini, dia memenangi 28 daripada 30 pertandingan profesional. Dia hilang gelarannya kepada peninju Mexico, Ruben Olivares, di Mexico pada tahun 1969. | UMUM | |
THORPE, JIM | Thorpe, Jim (1887–1953), atlet serba boleh terbaik dalam sejarah. Thorpe menjadi pemain bola sepak kolej dan profesional Amerika dan masyhur sebagai juara olahraga Olimpik. Dia juga bermain dalam liga-utama besbol Amerika. Dalam Sukan Olimpik tahun 1912, Thorpe muncul sebagai atlet pertama yang memenangi kedua-dua acara pentatlon dan dekatlon (lihat Olahraga [dekatlon, heptatlon dan pentatlon]). Tetapi lebih kurang sebulan kemudian, pingat tersebut ditarik balik. Kesatuan Olahraga Amatur memutuskan Thorpe seorang ahli sukan profesional dan tidak layak bertanding dalam Sukan Olimpik kerana dia didapati bermain besbol dengan bayaran yang rendah. Pada tahun 1982, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa mengembalikan pingat emas Thorpe dan memasukkan namanya dalam senarai juara Olimpik tahun 1912. | UMUM | |
STEWART, JACKIE | Stewart, Jackie (1939– ), salah seorang pemandu kereta lumba Britain yang paling berjaya. Sebelum bersara pada tahun 1973, dia telah memenangi 27 perlumbaan kejohanan Grand Prix Dunia dan memenangi gelaran Juara Pemandu Sedunia sebanyak tiga kali, iaitu pada tahun 1969, tahun 1971, dan tahun 1973. Dia menjadi naib juara pada tahun 1968 dan tahun 1972. | UMUM | |