Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.bah] | جوبه

Definisi : Ar sj baju panjang cara Arab (dipakai oleh haji, paderi, hakim, dll); berjubah memakai jubah: orang lelakinya ada yg berketayap dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.bah] | جوبه

Definisi : sj baju panjang (spt yg dipakai oleh orang Arab, hakim, haji dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jubah

Puisi
 

Orang Jawa menggunting jubah,
     Jubah digunting dalam perahu;
Hati saya tidak berubah,
     Hati tuan saya tak tahu.


Lihat selanjutnya...(12)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SITWELL, DAME EDITH

Sitwell, Dame Edith (1887–1964) ialah pemuisi,

pengkritik dan penulis biografi Inggeris. Dia

menjadi salah seorang sasterawan yang paling

kontroversi pada zamannya kerana puisi

eksperimennya yang biasanya kabur dan gaya

hidupnya yang ganjil. Sitwell terkenal kerana

pakaiannya yang menarik perhatian, antaranya

topinya yang luar biasa, jubah Zaman Pertengahan,

dan barang kemas yang sangat besar saiznya.

UMUM 
PENGLIPUR LARAPENGLIPUR LARA, nama umum untuk tukang cerita dalam tradisi lisan Melayu.  Penglipur lara mendapat panggilan ini kerana cerita rakyat yang disampaikannya menghiburkan hati pendengar dan menghilangkan duka lara bukan sahaja bercerita  tetapi melakonkan aksi watak-watak dalam ceritanya, mengajuk ucapan dialog dan bangun menari, bersilat, berjalan dan bergerak di pentas untuk menghidupkan ceritanya.  Dia juga menggunakan topeng-topeng untuk menggambarkan lebih jelas rupa sesuatu watak, terutama watak utama dan watak jahat.  Kadang-kadang penglipur lara menyarungkan pakaian seperti baju layang atau sesuatu jubah yang longgar dengan cepat di atas pentas bagi mengindahkan lagi penceritaannya.  SASTERADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas