Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.bli] | جوبلي

Definisi : perayaan utk memperingati ulang tahun sesuatu peristiwa (hari perkahwinan, hari pertabalan raja, dll); ~ emas perayaan memperingati ulang tahun yg kelima puluh; ~ intan perayaan mem­peringati ulang tahun yg keenam puluh; ~ perak perayaan memperingati ulang tahun yg kedua puluh lima. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.bli] | جوبلي

Definisi : perayaan utk memperingati ulang tahun sesuatu peristiwa (spt hari perkahwinan, hari pertabalan). ~ perak (emas, intan) perayaan kerana memperingati ulang tahun yg kedua puluh lima (lima puluh, enam puluh). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jubli


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
VICTORIA INSTITUTION

VICTORIA INSTITUTION, sekolah menengah yang tertua di Kuala Lumpur.  Victoria Institution atau Sekolah Menengah Victoria ditubuhkan hasil daripada kesedaran beberapa orang kenamaan seperti Yap Kwan Seng, Loke Yew dan Thamboosamy Pillay tentang perlunya pendidikan untuk anak-anak watan di negeri Selangor.  Mereka telah mendesak W.H. Treacher, Residen British Selangor, agar lebihan wang kutipan sempena sambutan Jubli Emas Ratu Victoria pada tahun 1887 digunakan untuk tujuan tersebut.  Cadangan mereka disambut baik oleh Sir Frank Swettenham, Residen Jeneral, tetapi wang kutipan berjumlah $3,188 itu tidak mencukupi.  Derma kedua dilancarkan lalu berjaya mengumpul sebanyak $10,753 dan kerajaan Selangor pula memperuntukkan sebanyak $7,000.  Sultan Abdul Samad turut menyumbang sebanyak $1,100.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas