MINYAK JARAK | Minyak jarak ialah minyak tidak berwarna yang digunakan sebagai julap. Minyak yang baru adalah jernih dan melekit. Minyak jarak merengsakan dinding usus dan menyebabkannya berfungsi. Jika digunakan terlalu kerap, ia boleh menyebabkan sembelit. Minyak jarak digunakan sebagai ubat, tetapi banyak proses perindustrian menggunakan kebanyakan bekalan minyak ini. | UMUM | |
PSILIUM | Psilium ialah herba yang ditanam di selatan Eropah dan India. Ia mengeluarkan biji yang digunakan sebagai ubat. Biji psilium mempunyai kualiti julap dan digunakan dalam perubatan. Apabila bijinya dilembapkan, ia kelihatan seperti gelatin. | UMUM | |
MINYAK MINERAL | Minyak mineral ialah cecair yang jernih, tidak berwarna, dan berminyak yang hampir tiada rasa atau bau. Ia juga dinamakan parafin cecair, petrolatum cecair, minyak mineral putih, dan minyak parafin putih . Minyak mineral digunakan dalam sediaan ubatan dan kosmetik seperti julap dan tonik rambut. Ia juga digunakan sebagai pencair (pelarut) dalam pembuatan plastik, dan sebagai pelincir dalam operasi perindustrian. Minyak mineral diperoleh apabila pecahan (bahagian yang diasingkan) petroleum dididihkan pada 316C hingga 399C. | UMUM | |
SEMBELIT | Sembelit ialah keadaan apabila usus tidak membuang bahan sisa semudah biasa. Orang yang sembelit tidak dapat membuang air besar dengan teratur, dan mungkin berasa sakit atau usus besarnya lemah. Mereka mungkin berasa pening kepala dan sakit tulang belakang. Sembelit boleh disebabkan oleh otot usus yang lemah atau kontraksi otot usus yang kuat tidak tetap. Sembelit juga boleh berlaku apabila seseorang sering mengambil julap atau tidak mengambil jenis makanan tertentu secukupnya, terutama makanan yang mengandungi serat. Sembelit juga boleh menimbulkan sakit yang tisu atau saraf usus, seperti ketumbuhan yang menyekat menjejaskan sebahagian usus kecil. | UMUM | |