Tahr ialah nama bagi tiga spesies antelop bak kambing. Ia mempunyai tanduk yang melengkung ke belakang dan kaki bertelapak. Ia juga mempunyai bulu yang sangat tebal, berjumbai-jumbai. Tahr memakan rumput dan tumbuh-tumbuhan lain. Tahr Himalaya adalah spesies yang terbesar. Panjangnya kira-kira 1.7 meter, dan beratnya lebih daripada 100 kilogram. Tahr Nilgiri di selatan India mempunyai bulu berwarna gelap. Tahr jantan mempunyai tompok pelana berwarna perak di belakangnya. Tahr Arabia di Oman adalah spesies yang terkecil. Ia berbulu perang. Pengelasan saintifik . Tahr tergolong dalam famili Bovidae. Ia membentuk genus Hemitragus jemlahicus , tahr Nilgiri ialah H. hylocrius, dan tahr Arabia ialah H. jayakar. |