PERUNTUKAN DIRAJA | Peruntukan Diraja ialah akaun kewangan negara yang membiayai perbelanjaan pemerintahan beraja dan keluarga diraja di United Kingdom. Jumlahnya telah ditetapkan oleh Parlimen pada setiap permulaan raja memerintah. Sebagai balasan, exchequer menerima bayaran cukai tahunan daripada sebahagian tanah yang dimiliki oleh raja tersebut. Di bawah Akta Peruntukan Diraja 1975, perbendaharaan boleh menambahkan jumlah pembiayaan setiap tahun untuk menampung kos yang semakin meningkat. | UMUM | |
KEMBANGAN MERAH | Kembangan merah ialah istilah yang digunakan untuk kawasan air laut, sungai, atau tasik yang berwarna keperang atau kemerahan. Warna ini datangnya daripada organisma mikroskopik yang secara tiba-tiba meningkat berjuta-juta jumlahnya. Kawasan yang berwarna ini mungkin menganjur daripada beberapa meter persegi hingga kepada lebih daripada 2500 kilometer persegi. Lamanya daripada beberapa jam hingga beberapa bulan. Kembangan merah berlaku di perairan di kebanyakan bahagian di dunia. | UMUM | |
PULAU KUNDUR | PULAU KUNDUR, pulau terbesar di Kepulauan Karimun, Indonesia. Pulau ini berbukit-bukau dan tanah-tanihnya terdiri daripada granit, pasir dan tanah liat. Walaupun terdapat bijih timah di pulau ini, jumlahnya adalah sedikit dan digunakan untuk keperluan tempatan sahaja. Penduduk pulau ini terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan Orang Laut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
BAHASA MELAYU PADA PRASASTI DI SEMENANJUNG | BAHASA Melayu PADA PRASASTI DI SEMENANJUNG, bahasa Melayu yang terpahat pada prasasti yang ditemui di Semenanjung Tanah Melayu. Sebenarnya prasasti berbahasa Melayu yang ditemui di Semenanjung tidak banyak jumlahnya, jika dibandingkan dengan yang terdapat di Sumatera. | BAHASA | Konsep |
PERANCANGAN BAHASA DI INDONESIA | PERANCANGAN BAHASA DI INDONESIA, proses pemantapan bahasa. Perancangan bahasa di Indonesia, berciri multilingual kerana selain bahasa Indonesia dan bahasa daerah yang jumlahnya sampai sekarang belum diketahui secara tepat, bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris juga digunakan di Indonesia. Terdapat sekitar 600 bahasa daerah di Indonesia. | BAHASA | Bahasa |
KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR | MAKTAB MELAYU KUALA KANGSAR, maktab elit Melayu yang pertama. Maktab Melayu Kuala Kangsar lebih dikenali pada masa dahulu dengan nama Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Maktab ini ditubuhkan pada 2 Januari 1905, dengan nama Malay Residential School. Pada peringkat permulaan, seramai lapan orang sahaja muridnya. Menjelang bulan Mac, jumlahnya bertambah kepada 63 orang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
TIKAMAN BAHASA | TIKAMAN BAHASA, buku yang disusun oleh Muhammad Adnan bin Muhammad Arifin. Tikaman Bahasa juga dikenal sebagai Kitab Tikaman Bahasa. Menurut penyusunnya, ia “mengandungi segala bidalan, perumpamaan Melayu dan perkataan-perkataan pendeta”. Buku ini siap disusun dan dikumpul pada bulan Januari 1933. cetakan pertama diterbitkan pada tahun 1934 oleh al-Matbaah al-Hikmah, Kota Bharu, Kelantan. Cetakan kedua diterbitkan pada tahun 1953 oleh penerbit yang sama dengan beberapa tambahan baru sehingga jumlah bidalannya menjadi 2211 dan 200 perkataan terpilih. Dengan ini, himpunan bidalan yang ada dalam buku ini jauh lebih banyak dan lebih tunas daripada Kitab Kiliran Budi yang disusun oleg W.G. Shellabear dan Munsyi Sulaiman Mohd. Nor pada awal abad ke-20 yang jumlahnya tidak sampai 1500 bidalan. Tikaman Bahasa cetakan pertama 363 halaman tidak termasuk halaman pengenalan. Pada tahun 1992, buku ini dicetak semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, dalam Siri Koleksi Warisan, menggunakan tulisan Rumi dan mengandungi 259 halaman tidak termasuk halaman pengenalan. | BAHASA | Penerbitan |