Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bulan keenam dlm tahun Masihi yg mengandungi 30 hari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jun II


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RANCANGAN MARSHALL

Rancangan Marshall menggalakkan negara-negara

Eropah berganding bahu untuk

memulihkan ekonomi selepas Perang Dunia II

(1939–1945).

Rancangan Marshall menggalakkan negara-negara

Eropah berganding bahu untuk

memulihkan ekonomi selepas Perang Dunia II

(1939–1945). Pada bulan Jun 1947, Amerika Syarikat

bersetuju untuk membantu Eropah, sekiranya ia

mahu berbincang dan menentukan apa yang

diperlukan. Nama rasmi rancangan itu ialah

Program Pemulihan Eropah. Ia disebut sebagai

Rancangan Marshall bersempena nama George C.

Marshall, setiausaha negara Amerika Syarikat

yang mula-mula mencadangkannya.

Rancangan Marshall bermula pada bulan April

1948 apabila Kongres menubuhkan Pentadbiran

Kerjasama Ekonomi untuk menguruskan bantuan

luar negara. Sebanyak tujuh belas buah negara

menubuhkan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi

Eropah bagi mewujudkan kerjasama di kalangan

ahli-ahlinya. Amerika Syarikat menyumbang kira-kira

13 bilion dolar Amerika dalam bentuk

makanan, jentera, dan keluaran lain ke Eropah.

Bantuan tersebut ditamatkan pada tahun 1952.

Pada tahun 1961, Pertubuhan Kerjasama

Ekonomi dan Pembangunan dibentuk bagi

menggantikan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi

Eropah. Sebanyak 20 buah negara, termasuk

Amerika Syarikat dan Kanada menubuhkan

Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan

pembangunan bagi tujuan menggalakkan

pertumbuhan ekonomi negara-negara ahli dan

bagi membantu kawasan yang sedang

membangun.

Lihat juga Eropah (Eropah Pascaperang);

Marshall, George C.; Truman, Harry S.

UMUM 
SCAPA FLOW

Scapa Flow ialah lembangan laut yang dikelilingi

oleh Kepulauan Orkney, di utara Scotland.

Panjangnya ialah 24 kilometer dan lebarnya 13

kilometer. Scapa Flow menjadi ibu pejabat

skuadron Armada Utama British semasa Perang

Dunia I. Pada 21 Jun 1919, tentera laut Jerman yang

kalah membocorkan dan menenggelamkan kapal

yang masih berada di lembangan itu. Ketika Perang

Dunia II, kapal selam Jerman menenggelamkan

kapal perang British, Royal Oak , semasa

melabuhkan sauhnya di Scapa Flow. Pada tahun

1970-an dan tahun 1980-an, Scapa Flow menjadi

terminal penting untuk saluran paip minyak dari

Laut Utara.

Lihat juga Orkney.

UMUM 
MENDAKI

MENDAKI, pertubuhan orang Melayu Singapura.  MENDAKI ialah singkatan Majlis Pendidikan Anak-anak Islam di Singapura.  Pertubuhan ini ditubuhkan pada 10 Oktober 1982.  Nama pertubuhan ini kemudiannya ditukarkan kepada Majlis Pembangunan Masyarakat Islam Singapura (MENDAKI II) pada bulan Jun 1989.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKegiatan
YAWATA

Yawata ialah sebuah pusat industri berat Jepun

yang penting. Yawata juga sebahagian daripada

bandar raya Kitakyushu, yang terletak di utara

pantai pulau Kyushu (lihat Jepun [peta politik]).

Kilang di Yawata membuat besi jongkong daripada

bijih yang diimport dan menghasilkan kebanyakan

daripada besi keluli yang diperlukan oleh Jepun.

Yawata terletak berhampiran dengan lombong

batu arang dan mempunyai loji kok. Semasa

Perang Dunia II, Yawata menjadi sasaran pertama

serangan udara B-29 Amerika Syarikat, pada 15 Jun

1944.

UMUMKonsep

Kembali ke atas