Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.nior] | جونيور

Definisi : 1. lebih muda, khususnya antara adik-beradik, ibu bapa dgn anak-anak, atau antara rakan-rakan di sekolah; 2. berpangkat (ber­kedudukan) lebih rendah dlm sesebuah orga­nisasi: dlm Bahagian Perkamusan, dia lebih ~ drpd Azizah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata junior


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
WOODS, TIGERPemain golf profesional dunia yang terkenal dengan catatan rekod pencapaian yang terbanyak dan juga pemain yang telah mencipta banyak sejarah sebagai pemain pertama dan pemain paling muda dalam arena sukan golf. Beliau merupakan pemain golf kulit hitam yang pertama dan yang paling muda menjuarai kejohanan U.S Junior Amateur. Beliau merupakan atlet terkaya dunia sepanjang tahun 2006.SUKANTokoh
S. ROOMAI NOOR, DATO'

S. ROOMAI NOOR, DATO’ (1925 – 1996), pelakon dan pengarah filem.  Nama sebenarnya ialah Muhammad Toyib bin Salleh.  Dia lahir pada 22 Februari 1925 di Temerloh, Pahang.  Ketika belajar pada peringkat Junior Cambridge di sebuah sekolah di Bentong, Pahang, Jepun menyerang Tanah Melayu.  Akibatnya pengajiannya tergendala.

BUDAYATokoh
AHMAD MAHMOOD

AHMAD MAHMOOD (1926-     ), pelakon, pengarah dan penerbit filem. Dia lahir pada 3 Januari 1926 di Kampung Chembong, Negeri Sembilan. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Agama Paya Rumput dan Sekolah Melayu Alor Gajah, Melaka. Dia juga pernah belajar di Junior Technical Trade School tetapi terkandas apabila Jepun menduduki Tanah Melayu.

BUDAYAKonsep
ABDUL KARIM ABU BAKAR

ABDUL KARIM ABU BAKAR (1922-     ), ahli politik. Dia lahir pada 29 September 1922 di Alor Gajah, Melaka. Pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Simpang Empat, Alor Gajah, Melaka hingga Darjah Lima (1932). Setelah lulus peperiksaan  untuk Special Malay Class, dia melanjutkan pelajaran di Bandar Hilir English School dan seterusnya di High School Melaka, hingga ke kelas Junior Cambridge (1941).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
MUHAMMAD SALEHUDDIN

MUHAMMAD SALEHUDDIN (1914-1982), wartawan dan penulis. Dia lahir pada 10 Januari 1914 di Teluk Panglima Garang, Selangor. Nama penuhnya ialah Muhammad Salehuddin @ Ismail bin Abdul Jalil. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Teluk Panglima Garang, Selangor dan lulus Darjah Lima pada tahun 1926. Kemudian dia melanjutkan pelajaran di Anglo Chinese School, Kelang dan selepas beberapa bulan kemudian berpindah ke Sekolah Tinggi Kelang hingga lulus peringkat Junior Cambridge. Dia lulus Senior Cambridge pada tahun 1935 di Victoria Institution, Kuala Lumpur.

SASTERATokoh
SYEIKH GHARIEB SYEKH RAOUF

SYEIKH GHARIEB SYEIKH RAOUF (1923-1975), ahli politik. Beliau lahir pada 19 Ogos 1923 di Batu Pahat, Johor. Beliau dibesarkan dalam keluarga sederhana. Bapanya seorang peniaga yang berasal dari Siak Inderapura, Sumatera. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu. Kemudian, beliau belajar di High School, Batu Pahat dan seterusnya di English College, Johor Bahru. Beliau lulus peperiksaan Junior Cambridge tetapi tidak sempat menduduki peperiksaan Senior Cambridge kerana Perang Dunia Kedua telah merebak ke Tanah Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MOHD. MA'AMON NORMOHD. MA’AMON NOR (  ? -   ? ), nasionalis Sarawak. Mohd. Ma’mon Nor atau lebih dikenal dengan nama Mohd. Nor. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah St. Joseph, Kuching, Sarawak. Dia adalah anak Melayu pertama di Sarawak yang lulus peperiksaan Junior Cambridge pada tahun 1932. Dia pernah berkhidmat di Jabatan Pos dan Telegraf selama dua setengah tahun sebelum menceburi bidang perniagaan dan menubuhkan sekolah malamnya sendiri.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MOHD. SALLEH DAUDMOHD.  SALLEH DAUD (1923-1995), penulis dan wartawan. Dia lahir pada 17 November 1923 di Kampar, Perak. Selain menggunakan  nama Salleh Daud, dia juga menggunakan nama pena M.S. Daud. Mohd. Salleh mendapat pendidikan rendah di Sekolah Melayu Temoh dan kemudian dia meneruskan pelajaran di Anglo Chinese School, Kampar hingga lulus Junior Cambridge. Dia juga pernah menuntut di Anderson School, Ipoh hingga lulus Senior Cambridge. SASTERATokoh

Kembali ke atas