STEICHEN, EDWARD | Steichen, Edward (1879–1973) ialah jurugambar Amerika yang membantu memajukan fotografi sebagai satu seni kreatif. Pada awal kerjayanya, Steichen seorang pelukis di samping jurugambar. Dia menjadi terkenal kerana kualiti fotonya yang lembut dan kabur tentang landskap dan manusia. | UMUM | |
STRAND, PAUL | Strand, Paul (1890–1976) ialah jurugambar Amerika yang membantu menjadikan fotografi sebagai suatu seni. Strand mengambil gambar foto yang tertumpu serta terperinci, yang memaparkan sesuatu objek secara mudah dan tepat. Dia menolak gaya mengambil foto yang kabur dan terkeluar daripada fokus yang popular sewaktu akhir tahun 1800-an. | UMUM | |
STIEGLITZ, ALFRED | Stieglitz, Alfred (1864–1946) ialah jurugambar Amerika yang telah merintis bidang fotografi sebagai satu bentuk seni. Dia juga membantu memperkenal dan menggalakkan seni lukis moden di Amerika Syarikat. | UMUM | |
ADAMS, ANSEL | Adams, Ansel (1902–1984) ialah jurugambar Amerika yang terkenal kerana gambar yang dramatik tentang bahagian barat Amerika Syarikat. Dia mengambil gambar landskap yang luas yang termasuk gunung-ganang, hutan, dan sungai. Minatnya untuk memelihara alam semula jadi mendorongnya menjadi aktif dalam gerakan pemuliharaan alam sekitar. | UMUM | |
RIIS, JACOB AUGUST | Riis, Jacob August (1849–1914) ialah wartawan, jurugambar, dan reformis sosial Amerika Syarikat. Pada akhir tahun 1800-an dan awal tahun 1900-an, dia membantu memperbaiki keadaan hidup di kawasan setinggan New York City dengan cara mendedahkan mereka kepada orang ramai melalui penulisan dan gambar fotonya. Gambar foto yang diambil oleh Riis adalah antara yang pertama muncul di akhbar. | UMUM | |
LICHFIELD, PATRICK, EARL OF | Lichfield, Patrick, Earl of (1939– ) ialah jurugambar British yang terkenal kerana gambar potret keluarga diraja. Nama penuhnya ialah Thomas Patrik John Anson, dan merupakan anak kelima Earl Lichfield. | UMUM | |
IBU MERTUAKU | IBU MERTUAKU , filem Melayu karya dan arahan P. Ramlee. Filem ini adalah produksi filem hitam putih Malay Film Productions pada tahun 1962, dan penerbitnya ialah Run Run Shaw. P. Ramlee juga mencipta muzik dan lagu untuk filem ini, manakala S. Sudarmaji mencipta seni kata lagu-lagu tersebut. A.V. Bapat pula menjadi pereka bangunan dan juruhias dan A. Bakar Ali sebagai jurugambar. | BUDAYA | Karya |