JURUTERBANG UJIAN | | UMUM | |
KAMIKAZE | Kamikaze ialah juruterbang Jepun yang membawa misi berani mati semasa Perang Dunia II (1939–1945). | UMUM | |
PILOT | Pilot lihat Kapal terbang (juruterbang). | UMUM | |
POST, WILEY | Post, Wiley (1899–1935) ialah juruterbang perintis Amerika. Dia adalah orang yang pertama melakukan penerbangan solo mengelilingi dunia. Dia melakukan penerbangan bersejarah itu pada tahun 1933 dalam sebuah pesawat Lockheed Vega berenjin tunggal dengan nama julukan Winnie Mae . | UMUM | |
DUIGAN, JOHN | Duigan, John (1882–1951), juruterbang Australia. Dia mereka bentuk dan membina kapal terbang buatan Australia yang pertama. | UMUM | |
EARHART, AMELIA | Earhart, Amelia (1897–1937?) ialah juruterbang Amerika. Dia menjadi wanita pertama yang menyeberangi Lautan Atlantik melalui udara dan juga wanita pertama yang membuat penerbangan melintasi Lautan Atlantik bersendirian. | UMUM | |
TAYLOR, G.A. | Taylor, G.A. (1872–1928) ialah juruterbang dan juruteknik perintis Australia yang dianggap oleh ramai ahli sejarah sebagai orang yang melakukan penerbangan pertama di Australia. Dia membuat penerbangan tersebut pada tahun 1909 di Narrabeen, Sydney, dengan sebuah pesawat udara peluncur yang dibinanya. Pada awal tahun 1900-an, dia cuba mencari-cari prinsip-prinsip penerbangan, dan pada tahun 1908, dia mula membina serangkaian layang-layang kotak. Pada tahun berikutnya, dia menubuhkan Aerial League dan dari sinilah gerakan kelab penerbangan Australia berkembang. Pada tahun 1910 dan tahun 1911, Taylor berjaya memancarkan mesej radio dari sebuah kereta api yang bergerak ke kereta api lain. George Augustine Taylor lahir di Sydney. | UMUM | |
DOOLITTLE, JAMES HAROLD | Doolittle, James Harold (1896–1993) ialah juruterbang Amerika yang terkenal. Dia mengetuai pengeboman yang pertama ke atas Tokyo semasa Perang Dunia II. Dia memandu kapal terbang pengebom berenjin kembar 16 B-25, dari pangkalan pesawat pengangkut U.S.S. Hornet dalam serangan mengejut ke atas Tokyo pada 18 April 1942. | UMUM | |
SAINT-EXUPÉRY, ANTOINE DE | Saint-Exupéry, Antoine de (1900–1944) ialah juruterbang Perancis yang menghasilkan karya tentang penerbangan di Perancis. Namun begitu, dia paling terkenal kerana cerita fantasinya, The Little Prince (1943). Buku ini mengisahkan seorang putera raja dari planet jauh bercerita kepada penulis tentang pengembaraannya dari planet ke planet untuk mencari dan menambah ilmu. Seperti tulisan utamanya yang lain The Little Prince , mencerminkan keprihatinannya terhadap nilai kemanusiaan dan penentangannya terhadap penyalahgunaan semangat kemanusiaan. | UMUM | |
BYRD, RICHARD EVELYN | Byrd, Richard Evelyn (1888–1957) ialah laksamana muda, penjelajah Antartik dan Artik, juruterbang, dan ahli pelayaran Amerika. Dari tahun 1928 hingga tahun 1957, dia melakukan usaha yang lebih daripada orang lain untuk mengarahkan penjelajahan benua Antartika yang beku dan suram. | UMUM | |