Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
justeru (kata tugas)
1. Bersinonim dengan senyampang: oleh itu, terlanjurkan, kebetulan, tepat, kena benar,

2. Bersinonim dengan malahan: bahkan, lebih-lebih lagi.,



Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SANDAKAN

SANDAKAN, ibu negeri yang pertama bagi Sabah.  Nama Sandakan berasal daripada bahasa suku Suluk, iaitu ‘Sanda’ yang bermaksud sandar atau gadai.  Mengikut cerita tempatan, pada masa awal penubuhan Sandakan terdapat sebuah kedai tempat penduduk tempatan boleh menyandarkan barangan mereka untuk mendapatkan wang.  Justeru itu, Sandakan lebih dikenal sebagai ‘tempat untuk sandarkan barang’.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
RAJA CHULAN RAJA HAMID

RAJA CHULAN RAJA HAMID ( ?  -  ?), pujangga istana. Dia adalah kerabat diraja Perak yang hidup antara penghujung abad ke-17 dan awal abad ke-18. Ayahandanya, Raja Hamid, bersaudara dengan Sultan Muhammad Syah, ayahanda Sultan Iskandar Syah. Justeru itu, dia amat memahami hal adat istiadat istana.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN ABDUL JALIL RIAYAT SYAH IV

SULTAN ABDUL JALIL RIAYAT SYAH IV (? – 1721), Sultan Johor-Riau-Lingga-Pahang (1699 – 1718).  Nama sebenarnya ialah Tun Abdul Jalil.  Baginda menjadi bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja Johor semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah II (1685 – 1699).  Sultan Mahmud mangkat dibunuh oleh Megat Seri Rama pada tahun 1699 tanpa meninggalkan zuriat.  Justeru itu, Bendahara Tun Abdul Jalil melantik dirinya sebagai Sultan Johor dan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV.  Adinda baginda, Tun Mahmud, dilantik sebagai Raja Muda dan Tun Mas Anom sebagai Bendahara Seri Maharaja.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ORANG-ORANG BESAR

ORANG-ORANG BESAR, gelaran untuk golongan bangsawan. Dalam masyarakat Melayu tradisional, golongan bangsawan (pembesar Melayu) dianggap sebagai satu kelas sosial di negeri-negeri Melayu. Golongan pemerintah dan golongan rakyat dianggap sebagai satu unsur asas bagi struktur politik dan sosial Melayu. Orang-orang besar dibezakan secara jelas di hampir semua kawasan petempatan Melayu berdasarkan keturunan dan ikatan perkahwinan. Justeru itu, amat sukar bagi rakyat biasa bertukar taraf menjadi golongan pemerintah di daerah yang latar belakang keluarganya telah dikenali ramai. Rakyat biasa lazimnya berasa rendah diri dan menggunakan bahasa yang halus serta membongkokkan badan sebagai tanda hormat, apabila berhadapan dengan orang-orang besar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
PERANG SARAF

Perang saraf menggunakan propaganda untuk

mencapai tujuan yang tertentu. Perang saraf boleh

digunakan sebelum perang untuk mencegah

meletusnya peperangan ataupun semasa perang

untuk memenanginya. Sesebuah negara

menggunakan perang saraf untuk meyakinkan

negara musuh bahawa mereka tidak akan menang

jika berlakunya perang dan justeru itu, peperangan

tidak perlu dimulakan. Semasa perang, negara

menggunakan perang saraf untuk meyakinkan

pasukan tentera musuh bahawa perjuangan

mereka itu tidak adil dan sia-sia, dan untuk

melemahkan keyakinan terhadap para pemimpin.

Matlamatnya ialah memusnahkan tekad musuh

untuk berperang.

UMUM 
SAFARIYYAH, KERAJAAN

Safariyyah, Kerajaan (254–289 H./ 868–902 M.).

Kerajaan Safariyyah didirikan di bahagian selatan

Iran. Nama kerajaan ini bersempena dengan nama

Ya‘kub ibn al-Layth al-Safar, seorang yang berani,

yang mengambil kesempatan semasa kerajaan

Abbasiyyah lemah akibat bergolak politik serta

kekacauan yang semakin serius, yang dilakukan oleh

orang Negro. Dia memang bercita-cita untuk

menguasai kawasan selatan Iran, Parsi dan

Khurasan. Dia berjaya menubuhkan kerajaannya

selepas menjatuhkan kerajaan al-Tahiriyyah, dan

diiktiraf oleh Baghdad sebagai gabenor yang

merdeka. Namun, dia masih belum berpuas hati

malah bercita-cita untuk mengambil alih kedudukan

orang Turki di Baghdad. Kerajaan terpaksa akur

kepada kehendaknya apabila dia menyiapkan

angkatan tentera untuk tujuan tersebut. Justeru itu,

al-Safar diberi pengiktirafan sebagai gabenor di

wilayah Khurasan, Tabaristan, Jurjan, Ray dan Parsi.

Dia juga dilantik sebagai Ketua Polis Baghdad dan

Samarra’. Al-Safar masih belum berpuas hati. Dia

berhasrat untuk ke Baghdad dan mengambil alih

Baghdad yang merupakan pusat kekuasaan bangsa

Turki. Khalifah al-Muwaffaq tidak ada pilihan lain

kecuali bertindak memerangi al-Safar. Khalifah

mengetuai satu angkatan tentera lalu menyerang al-

Safar berserta tenteranya dan berjaya menewaskan

mereka. Al-Safar tewas kerana tenteranya berpaling

tadah dan menyertai tentera khalifah apabila mereka

melihat pasukan yang akan ditentang diketuai oleh

khalifah sendiri.

UMUM 
BOLIVIA

Bolivia ialah negara yang terletak berhampiran

dengan bahagian tengah Amerika Selatan. Ia tidak

mempunyai pantai dan justeru itu, ia berhadapan

dengan sekatan pengangkutan yang semula jadi. Di

barat Bolivia, tersergam Pergunungan Andes yang

hebat dan agung, berlitup an salji, mengelilingi

sebuah penara yang tinggi lagi kering. Sebuah

dataran tanah pamah yang luas, meliputi kawasan

utara dan timur Bolivia. Hutan hujan tropika

tumbuh subur di bahagian utara dataran itu, dan

padang rumput dan paya berselerak merentasi

sebahagian besar kawasan timur. Sebahagian

besar bukit bukau terletak di antara pergunungan

Andes dan dataran tanah pamah ini.

UMUM 
PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA (1824)

Perjanjian Inggeris-Belanda (1824).

Perjanjian antara British dengan Belanda bagi

menyelesaikan masalah hubungan antara kedua-

duanya. Perjanjian ini ditandatangani pada bulan

Mac 1824. Masalah timbul apabila Singapura dan

pulau-pulau yang berhampiran dengannya diambil

oleh pihak British. Keadaan ini menyebabkan

timbulnya pertelagahan antara British dengan

Belanda. Britain juga bimbang jika pertelagahan

akan membawa kepada peperangan terbuka.

Suasana politik di Eropah ketika itu juga

menyebabkan kedua-dua pihak perlu mencari jalan

penyelesaian segera. Justeru itu, perjanjian ini

dimeterai.

UMUM 
MUHAMMADIYAH

MUHAMMADIYAH,  organisasi sosial-keagamaan kaum muda (modernis) yang terbesar di Indonesia. Organisasi ini ditubuhkan pada 8 November 1912 di Yogyakarta oleh Kiai Haji Ahmad Dahlan (1868-1923), seorang khatib masjid keraton Kesultanan Yogyakarta. Kiai Haji Ahmad Dahlan adalah salah seorang bekas murid Syekh Ahmad Khatib, iaitu pendukung pemikiran Syekh Muhammad Abduh. Dia melihat masalah sosial yang dialami oleh kaum Muslimin yang tinggal di kota-kota besar.  Tujuan organisasi ini pada ketika itu ialah penyebaran Islam. Muhammadiyah mempertahankan kemurnian Islam dengan menentang amalan bidaah dan khurafat. Dari segi sosial, Muhammadiyah ingin membela orang miskin dan yatim, dan menyediakan sekolah moden berdasarkan Islam. Justeru itu, pada peringkat awal penubuhannya, Muhammadiyah tidak terlibat dalam kegiatan politik.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA

PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA (1824), perjanjian antara British dengan Belanda bagi menyelesaikan masalah hubungan antara kedua-duanya.  Perjanjian ini ditandatangani pada bulan Mac 1824.  Masalah timbul apabila Singapura dan pulau-pulau yang berhampiran dengannya diambil oleh pihak British.  Keadaan ini menyebabkan timbulnya pertelagahan antara British dengan Belanda.  Britain juga bimbang jika pertelagahan akan membawa kepada peperangan terbuka.  Suasana politik di Eropah ketika itu juga menyebabkan kedua-dua pihak perlu mencari jalan penyelesaian segera.  Justeru itu, perjanjian ini dimeterai.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
12

Kembali ke atas