KEMATIAN | Kematian bermakna berakhirnya kehidupan. Semua benda hidup akhirnya akan mati, tetapi barangkali hanya manusia yang boleh membayangkan justify>kematian mereka. Kebanyakan manusia justify>takut kepada kematian dan mencuba untuk tidak justify>memikirkan tentangnya. Walaupun begitu, sikap justify>berhati-hati terhadap kematian merupakan salah satu justify>daripada dorongan utama yang membentuk justify>tamadun manusia. Sepanjang peredaran sejarah, justify>manusia tidak pernah berhenti mencari kaedah justify>perubatan terkini untuk melambatkan kematian. Ahli justify>falsafah dan ketua agama telah mencuba untuk justify>memahami makna sebenar kematian. Sesetengah justify>para cerdik pandai percaya bahawa perkembangan justify>manusia ini ialah hasil daripada kemampuan justify>manusia mengatasi kematian dan memperoleh justify>keabadian hasil pencapaiannya yang berkekalan. | UMUM | |
SAMSURI | justify" align=justify>SAMSURI (1925 - ), ahli bahasa Indonesia. Dia lahir pada 31 Julai 1925 di Mojokerto, Jawa Timur, Indonesia. Dia mendapat pendidikan awal di Schakelschool di Mojokerto dan Hollandse Kweekschool di Yogyakarta. Dia kemudian memasuki Sekolah Guru Laki-laki di Yogyakarta dan tamat pada tahun 1943. Selepas itu dia memasuki Sekolah Guru Atas di Surabaya dan tamat pada tahun 1953. Samsuri melanjutkan pelajarannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Yogyakarta, dan tamat pada tahun 1956. Dia memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang linguistik dari Indiana University pada tahun 1958. Dari tahun 1963 hingga 1965, dia melanjutkan pelajarannya di universiti yang sama, dan memperoleh Ijazah Doktor Falsafah, juga dalam bidang linguistik. | BAHASA | Tokoh |
SAMBAL | justify" align=justify>SAMBAL, makanan pembuka selera yang diperbuat daripada cili. Terdapat banyak jenis sambal, ada yang dimasak dan ada yang disediakan secara mentah. Sambal yang dimasak seperti sambal tumis, sambal sate, sambal ketupat, sambal lumat dan sambal goreng boleh disimpan berhari-hari. Sambal mentah seperti sambal belacan, sambal kelapa dan sambal tempoyak adalah makanan pembuka selera yang mengiringi makanan lain seperti ulam-ulam, ikan bakar dan ikan goreng. | BUDAYA | Makanan |
SALMAH MOHSIN | justify" align=justify>SALMAH MOHSIN (1944 - ), wartawan dan penulis. Dia lahir pada 13 Februari 1944 di Kampung Bagan, Batu Pahat, Johor. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bagan hingga darjah tiga, Sekolah Inggeris Perempuan Temenggung Ibrahim, Batu Pahat dan Sekolah Agama Perempuan Bagan hingga tamat darjah khas. | SASTERA | Tokoh |
SALASILAH KUTAI | justify" align=justify>SALASILAH KUTAI, karya sastera sejarah. Salasilah Kutai mengisahkan cerita raja-raja Kutai Kertanegara yang didirikan pada abad ke-14 hingga zaman Raja Pangeran Panji Mendapat yang memerintah pada abad ke-17. Salasilah Kutai pernah dua kali diterbitkan. Pertamanya, oleh C.A. Mees (1935) berdasarkan naskhah yang ditulis oleh Tuan Khatib Muhammad Tahir pada tahun 1265. Kali kedua oleh W. Kern (1956) berdasarkan naskhah yang ditulis oleh Awang Lambang pada masa pemerintahan Sultan Sulaiman (1850). | SASTERA | Karya |
SALAH ASUHAN | justify" align=justify>SALAH ASUHAN, novel karya Abdul Muis. Novel setebal 231 halaman ini diterbitkan pertama kali oleh Balai Pustaka pada tahun 1928. Hingga tahun 1990, novel ini telah diulang cetak sebanyak 18 kali. Pada tahun 1969, Salah Asuhan mendapat hadiah tahunan dari pemerintah Republik Indonesia bersama-sama novel Siti Nurbaya, Belenggu dan Atheis. Pada tahun 1972, novel ini telah difilemkan. Salah Asuhan juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Cina dan Jepun. | SASTERA | Karya |
SAPARDI DJOKO DAMONO | justify" align=justify>SAPARDI DJOKO DAMONO (1940 - ), penyair Indonesia. Dia lahir pada 20 Mac 1940 di Solo, Indonesia. Pada tahun 1964, dia mendapat ijazah Sarjana Sastera Inggeris dari Unievrsitas Gadjah Mada. Dari tahun 1970 hingga tahun 1971, Sapardi melanjutkan pelajaran di Hawaii, Amerika Syarikat. Dia mendapat gelaran Doktor dari Universitas Indonesia (1989). | SASTERA | Tokoh |
SALLEH ABD. LATIFF | justify" align=justify>SALLEH ABD. LATIFF (1947 - ), penulis Negara Brunei Darussalam. Dia lahir pada 22 September 1947 di Kampung Lurong Sikuna, Brunei. Nama sebenarnya ialah Mohd. Salleh bin Abd. Latif. Dia menggunakan nama pena seperti Ala Salfa, Ala Sahmah, FM, Sal dan Winnie Mas. Dia mendapat pendidikan Melayu dan Inggeris dari tahun 1953 hingga tahun 1965. Dia juga pernah menuntut di North East London Polytechnic, London (1980 – 1982) dan memperoleh diploma tertinggi (IIND) dalam pengajian pengurusan. Dengan kelulusan itu, dia diterima sebagai ahli penuh British Institute of Management (BIM). | SASTERA | Tokoh |
SALMA ISMAIL, TAN SRI | justify" align=justify>SALMA ISMAIL, Tan Sri (1918 - ), doktor wanita Melayu yang pertama. Dia lahir pada 19 Disember 1918 di Alor Setar, Kedah. Salma telah menempa nama dalam profesion kedoktoran melalui beberapa rangkaian kliniknya yang dikenal sebagai ‘Klinik Salma’. | BUDAYA | Tokoh |
SALASILAH MELAYU DAN BUGIS | justify" align=justify>SALASILAH MELAYU DAN BUGIS, karya sastera bercorak sejarah. Judul penuhnya ialah Salasilah Melayu dan Bugis Lama dan Sekalian Raja-rajanya. Karya ini ditulis pada 28 Ogos 1865 oleh Raja Ali Haji bin Raja Ahmad, seorang pujangga Melayu dan cucu kepada Raja Haji. | SASTERA | Karya |