O.K.K. SEDOMAN | O.K.K. SEDOMAN ( ? - ? ), Ketua Anak Negeri. Dia adalah keturunan suku Murut dari daerah Keningau, Sabah. Pada tahun 1935, dia dilantik sebagai Ketua Anak Negeri, dengan gelaran Orang Kaya-Kaya (O.K.K.) bagi mewakili daerah Bingkor dalam Majlis Penashiat Ketua-ketua Anak Negeri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
O.K.K. MOHAMAD SAMAN | O.K.K. MOHAMAD SAMAN ( ? - ? ), Ketua Anak Negeri (1935 – 1937). Dia adalah ketua tradisional bagi kaum Melayu Brunei di wilayah Labuk dan Sungai Sugut, Sabah. Pada tahun 1935, dia dilantik sebagai Ketua Anak Negeri dengan gelaran Orang Kaya-Kaya (O.K.K.) bagi mewakili wilayahnya dalam Majlis Penasihat Ketua-ketua Anak Negeri. Dia diberi tanggungjawab untuk mengawal daerah Beaufort. Dia juga dipilih menjadi pengerusi Majlis. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
O.K.K. DATUK SUNDANG | O.K.K. DATUK SUNDANG ( ? - ? ), ahli politik, Ketua Anak Negeri. Dia adalah keturunan suku Murut dari daerah Keningau, Sabah, yang menjadi ketua tradisional bagi kaumnya. Dia kemudian dilantik oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara sebagai Ketua Anak Negeri dengan gelaran Orang Kaya-Kaya (O.K.K). Dia mewakili wilayahnya dalam Majlis Penasihat Ketua-ketua Anak Negeri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
O.K.K. PANGERAN HAJI OMAR | O.K.K. PANGERAN HAJI OMAR ( ? - ? )., Ketua Anak Negeri (1915 – 1919). Dia adalah keturunan Melayu Brunei yang menjadi ketua tradisional di daerah Sipitang, Sabah. Kepemimpinannya telah mendapat pengiktirafan Syarikat Berpiagam Borneo Utara yang kemudian melantiknya sebagai Ketua Anak Negeri dengan gelaran Orang Kaya-Kaya (O.K.K.). Dia mewakili seluruh wilayah South Keppel (Putatan-Papar) dalam Majlis Pemasihat Ketua-ketua Anak Negeri dari tahun 1915 hingga tahun 1917. Tugas utamanya untuk menyimpan rekod yang berkaitan dengan kes peribumi dan penyata cukai serta pemindahan milik tanah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
O.K.K. PANGERAN MOHAMAD ABBAS | O.K.K. PANGERAN MOHAMAD ABBAS ( ? - ? ), Ketua Anak Negeri. Dia adalah keturunan Melayu Brunei yang menjadi ketua tradisional di wilayah Dent, yang meliputi kawasan lembah Sungai Padas dan Semenanjung Klias di bahagian pantai barat negeri Sabah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
S.O.K. UBAIDULLAH, TAN SRI | S.O.K. Ubaidullah, Tan Sri (1918- ) ialah tokoh Maal Hijrah 1989 dan Pengerusi Tetap Malaysian Indian Congress (MIC) semenjak 1 Januari 1994. Dia juga dikenali sebagai ahli perniagaan, pendakwah, dermawan, penulis, ahli akademik, dan ahli politik. S.O.K. Ubaidullah berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1938 sewaktu berusia 20 tahun. Ketika itu dia baru sahaja menamatkan pengajian di Universiti Madras, India. Dia bekerja dengan abang iparnya dari tahun 1939 hingga tahun 1949. Keluarganya tinggal di Sungai Ujong, Negeri Sembilan (kini kawasan tersebut dikenali sebagai Seremban), dan mengambil kontrak memberi perkhidmatan lampu pada waktu malam di bandar tersebut. Kemudian pada penghujung tahun 1949, dia berpindah ke Kuala Lumpur dan membuka cawangan perniagaan keluarganya di bandar tersebut dan memberi perkhidmatan yang sama di sepanjang Jalan Tun Perak (dahulu dikenali sebagai Jalan Mountbatten dan sebelumnya dikenali sebagai Java Street). | UMUM | |
AOH K. HADIMADJA | penulis Indonesia. Dia lahir pada 15 September 1911 di Bandung, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Aoh Kartahadimadja. Dia mendapat pendidikan di Meer Uitgedreid Lager Onderruvijis (MULO). Aoh pernah bekerja di perkebunan Parakan Salak, Sukabumi, Jawa Barat, Pusat Kebudayaan, di Jakarta, Balai Pustaka, Mimbar Umum, Medan (1950-1952), Sticusor Amsterdam (1952-1956), BBC London Bahagian Indonesia (1959-1970) dan PT Dunia Pustaka Jaya (1971-1973). | SASTERA | Tokoh |
JEROME, JEROME K | | UMUM | |
CHESTERTON, G.K. | | UMUM | |
K | K ialah huruf ke-11 dalam abjad Inggeris. Ia juga huruf dalam abjad yang digunakan oleh orang Semit, yang pernah tinggal di Syria dan Palestin. Mereka menyebut huruf ini kaph, perkataan mereka bagi tapak tangan . Mereka mungkin menyesuaikannya daripada hiroglif, atau simbol gambar orang Mesir, yang menunjukkan tangan bagi melambangkan huruf tersebut. | UMUM | |