KA‘B IBN ZUHAYR ( ?–26 H./ ?–646 M.) | Ka‘b ibn Zuhayr ( ?–26 H./ ?–646 M.) ialah penyair terkenal. Nama penuhnya ialah Ka‘b ibn Zuhayr ibn Abu Sulma al-Muzanni. Dia hidup dalam zaman Jahiliah dan zaman Islam dan merupakan sahabat Rasulullah SAW yang terkemuka. | UMUM | |
MUHAMMAD IBN KA'B AL-QARAZIY | Muhammad ibn Ka’b al-Qaraziy (40 H.–120 H./ 661 M.–737 M.), salah seorang pemerintah Bani Awsa. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn Ka’b ibn Salim al-Qaraziy al-Madaniy. Bapanya menjadi tawanan Bani Qurayzah. Muhammad menetap di Kufah dan selepas itu menjadi penduduk Madinah. Dia merupakan pemimpin yang alim, jujur, ahli hadith dan ahli tafsir yang amat dipercayai. | UMUM | |
KA‘B AL-AHBAR (?–32 H./ ?–652 M.) | Ka‘b al-Ahbar (?–32 H./ ?–652 M.), berbangsa Yahudi yang kemudiannya memeluk Islam selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Nama penuhnya ialah Ka‘b ibn Mati‘ ibn Dhu Hajn al-Himyari, al-Yamani, al- Allamah al-Habra. | UMUM | |
KA‘B IBN MALIK ( ?–50 H. / ?–670 M.) | Ka‘b ibn Malik ( ?–50 H. / ?–670 M.), sahabat nabi daripada golongan Ansar daripada Bani Khazraj di Madinah. Dia ialah salah seorang yang terlibat dalam Bai`ah al-Aqabah yang kedua yang mana dia sendiri memberi Bai`ah kepada Rasulullah SAW. | UMUM | |
NUSAYBAH BINT AL-HARITH | Nusaybah bint al-Harith ialah Nusaybah bint al-Harith al-Ansariyyah. Ada mengatakan dia adalah Nusaybah bint Ka‘ab. Dia adalah seorang daripada golongan sahabat yang terkenal. Dia memeluk Islam dan memberi baiah kepada Rasulullah s.a.w. Nusaybah adalah orang yang diberi tugas memandikan jenazah Zaynab bint Rasulullah s.a.w. Kemudian para ulama mempelajari kaedah pemandian jenazah daripadanya. Nusaybah juga bersama-sama Rasulullah s.a.w. dalam tujuh peperangan. Dia bertugas sebagai jururawat tentera Islam yang tercedera di samping menyediakan makanan untuk mereka. Di samping itu, dia mengiringi para tentera di belakang dalam ekspedisi mereka. Nusaybah pada mulanya menetap di Madinah tetapi kemudiannya berpindah ke Basrah. | UMUM | |
NABI MUHAMMAD S.A.W. | Nabi Muhammad SAW ialah Muhammad ibn ‘Abdullah ibn ‘Abd al-Mutalib ibn Hashim ibn ‘Abd Manaf ibn Qusay ibn Kilab ibn Murrah ibn Ka‘ab ibn Lu’ay ibn Ghalib ibn Fihr ibn Malik ibn al-Nadr ibn Kinanah ibn Mudrikah ibn Ilias ibn Mudar ibn Nizar ibn Ma‘d ibn ‘Adnan. ‘Adnan berketurunan Nabi Ismail ibn Ibrahim a.s. Ibu Baginda bernama Aminah binti Wahab daripada kalangan Bani Zahrah. Kilab ibni Murrah adalah pertemuan nasab bapa dan ibu Baginda SAW | UMUM | |
ZUBAYR BIN AWWAM | salah seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Nama sebenarnya ialah Au ' Abd-Allah al-Zubayr al-awwam bin Khuwaylid bin Asad bin 'Abd al'Uzza bin Qusay bin kilab bin Murrah bin Ka'b bin lu'i al-Qurasyi al-Asadi. | AGAMA | Tokoh |
TIBET | Tibet ialah kawasan di sebelah selatan Asia Tengah. Ia selalu digelar Bumbung Dunia. Gunung-ganangnya diseliputi salji dan penaranya yang terdedah kepada angin adalah yang tertinggi di dunia. Gunung tertinggi di dunia, Gunung Everest, menjulang sepanjang kawasan pergunungan di bahagian selatan Tibet. Ka-erh, di barat Tibet dipercayai bandar tertinggi di dunia. Ia terletak lebih daripada 4570 meter di atas aras laut. Dasar lembah di Tibet lebih tinggi daripada puncak gunung di kebanyakan negara lain. Lhasa ialah ibu negara Tibet. | UMUM | |
ABU BAKAR AL-SIDDIQ | Abu Bakar al-Siddiq (51 S.H.–13 H./573 M.–634 M.) ialah Khalifah al-Rashidin pertama dan lelaki dewasa pertama yang beriman kepada Rasulullah SAW. Dia ialah ‘Abdullah ibn Abu Quhafah. Nama sebenar Abu Quhafah ialah ‘Uthman ibn ‘Amir ibn Ka‘b, al-Taymi berbangsa Quraisy. | UMUM | |
ABU AL-ALIYAH RUFAY | Abu al-Aliyah Rufay (? –93 H./? –711 M.), imam yang hebat bacaan al-Qur'annya (qari), hafiz dan ahli tafsir yang ternama. Nama penuhnya ialah Abu al-Aliyah Rufay ibn Mahran al-Riyahiy al- Basriy. Sewaktu zaman Nabi Muhammad SAW, usianya masih muda dan dia memeluk Islam pada zaman Abu Bakar al-Siddiq dan mula tekun mempelajari Islam. Dia sering mendengar pengajaran daripada Umar, Ali, Ibn Mas’ud, Aisyah dan para sahabat besar yang lain. Dia hafaz al-Qur'an dan membacanya di hadapan Ubay ibn Ka’b. Dia amat bersemangat menyebarkan ilmunya lantaran suaranya yang lunak. Ramai yang telah belajar qira’at dengannya. Antara mereka ialah Su’ayb ibn al-Habhab, dan Abu ‘Amru ibn al-’Aka’. Dia mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan mengamalkan sunnah. Dia terkenal dengan sifatnya yang zuhud, warak dan mengelakkan diri daripada fitnah. | UMUM | |