KABEL RENTAS ATLANTIK | Kabel rentas Atlantik lihat Kabel. | UMUM | |
KABEL | Kabel ialah unit ukuran nautika. Ia biasanya dikenali sebagai panjang kabel kerana pada masa dahulu, ia merupakan anggaran ukuran panjang kapal atau rantai sauh. | UMUM | |
KABEL SEPAKSI | Kabel sepaksi ialah pengalir elektrik yang terdiri daripada dawai pengaliran bertebat pusat yang dikelilingi oleh perisaian pengaliran berbentuk tiub yang fleksibel. Kabel jenis ini diistilahkan sepaksi kerana pengalir pusat dan perisaian luar mempunyai paksi yang sama. | UMUM | |
KERETA KABEL | | UMUM | |
ANTIMONI | Antimoni, unsur kimia, ialah logam yang rapuh, berwarna putih kebiru-biruan. Ia digunakan untuk mengeraskan dan menguatkan plumbum. Aloi antimoni – plumbum digunakan dalam sesetengah kabel elektrik, bateri, dan logam huruf taip dalam percetakan. Sebatian yang mengandungi antimoni digunakan untuk menghasilkan bahan-bahan yang digunakan dalam peti sejuk, penyaman udara, penyembur aerosol, cat, dan agen pengalis api. | UMUM | |
SAN FRANCISCO | San Francisco , California, ialah salah sebuah bandar yang paling menarik di dunia dan merupakan pusat kebudayaan, kewangan dan perindustrian yang utama di Amerika Syarikat. Kereta kabel yang bertentangan, pekan China yang mempesonakan, dan bukit-bukaunya memberikan bandar ini daya tarikan yang khusus. Keindahan alam San Francisco serta iklimnya yang sederhana juga membantu memberikan bandar ini reputasi sebagai “bandar kegemaran Amerika.” Bandar ini menarik lebih kurang tiga juta pelancong setiap tahun. | UMUM | |
SAUH | Sauh ialah benda berat yang digunakan untuk menetapkan kedudukan kapal atau bot. Jenis sauh yang paling biasa dibuat daripada besi atau keluli. Tali atau rantai besi, yang dinamakan kabel sauh, dilekatkan pada sauh dan seterusnya diikat pada kapal. Apabila sauh diturunkan ke dasar air, ia terbenam ke dalam lumpur untuk menetapkan kedudukan kapal. Kebanyakan kapal besar membawa dua atau lebih sauh. Sauh-sauh ini mesti dinaikkan dan diturunkan oleh win (mesin hela). Membongkar sauh bermakna menarik sauh dari air | UMUM | |
AZORES | Azores ialah sekumpulan sembilan buah pulau yang menjadi kepunyaan Portugal. Ia terletak di Lautan Atlantik Utara, lebih kurang 1300 kilometer di barat Portugal. Pulau-pulau ini berada dalam jalan udara dan kabel yang menghubungkan Eropah dan Amerika. Pulau-pulau ini meliputi 2344 kilometer persegi dan panjang garis pantainya ialah 515 kilometer. Kira-kira 249 500 orang tinggal di kepulauan Azores. Orang keturunan Azores, lebih ramai tinggal di Amerika daripada Azores. Bandar utama bagi Azores ini ialah Ponta Delgada, di Pulau Saõ Miguel. | UMUM | |
KELVIN, LORD | Kelvin, Lord (1824–1907) atau nama sebenarnya William Thomson adalah salah seorang daripada ahli fizik British yang terkemuka pada tahun 1800–an. Kelvin telah menerbitkan 661 kertas kerja mengenai pelbagai subjek saintifik dan dia mempatenkan 70 rekaannya. Kelvin dianugerah darjah kesusasteraan oleh Ratu Victoria kerana usahanya sebagai jurutera elektrik yang bertanggungjawab memasang kabel transatlantik yang pertama pada tahun 1866. | UMUM | |
SALEM | Salem (pend. 38 264) ialah bandar di Massachusetts, Amerika Syarikat. Bandar ini merupakan salah sebuah bandar yang penuh sejarah di New England serta tempat pengadilan tukang sihir pada tahun 1690-an. Pada sekitar tahun 1850-an, Salem menjadi pusat industri kapas. Kini keluaran bandar ini meliputi kabel, mentol denyar, permainan, lampu, plastik, dan keluaran kulit. Salem State College terletak di Salem. Banyak rumah yang bersejarah terletak di bandar ini termasuk rumah tempat lahir Nathaniel Hawthorne dan House of Seven Gables. | UMUM | |