Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.bul] | قبول

Definisi : 1. = terkabul terlaksana, tercapai, tertunai: permintaannya ~; 2. = ~ akan mempersetujui, setuju dgn, meluluskan: ~lah ia akan kehendak hamba; 3. = ~ pd diper­setujui oleh, diluluskan oleh, diperkenankan oleh: Sultan Mansur Shah mohon kpd Batara Majapahit hendak kembali, maka ~lah pd Batara; mengabulkan memperkenankan (permo­honan doa, kehendak, dsb), mempersetujui, meluluskan: moga-moga Tuhan akan ~ permohonanku ini; pengabulan perihal mengabulkan (permin­taan dll); pengabul bersifat sedia mengabulkan sesuatu doa, permintaan dsb (bkn Allah): Allah yg maha pengasih dan maha ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.bul] | قبول

Definisi : 1 = terkabul tercapai (cita-cita dll); diluluskan; dibenarkan (permintaan dll): Cita-citanya hendak menjadi doktor telah ~. 2 setuju dgn; menyetujui: ~lah ia akan kehendak anaknya itu. mengabulkan membenarkan permintaan dll; meluluskan; mengizinkan: Semua permintaan ulama itu telah dikabulkan oleh Sultan Aceh. pengabulan perbuatan atau hal mengabulkan permintaan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kabul (kata nama)
1. Dalam konteks pernikahan
bersinonim dengan persetujuan, perkenan, penerimaan, perjanjian, kontrak,

2. Dalam konteks doa
bersinonim dengan makbul, perkenan, persetujuan, kelulusan, keizinan, kerelaan,

Kata Terbitan : mengabulkan, terkabul, pengabulan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KABUL

Kabul (pend. 1 036 407) ialah ibu negara dan

bandar terbesar di Afghanistan. Keluasannya

termasuk kawasan di sepanjang tebing Sungai

Kabul di timur Afghanistan. Bandar ini terletak 1795

meter di atas aras laut di Pergunungan Hindu Kush.

UMUM 
SAYYAF, ‘ABD RABB AL-RASUL

Sayyaf, ‘Abd Rabb al-Rasul (1365 H.– ?/1945

M. – ?) ialah pejuang Islam dan pengasas jemaah

Islam pertama di Afghanistan. Dia lahir di

Afghanistan dan mendapat pendidikan awal pada

peringkat rendah di Madrasah Buqman. Kemudian

dia melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah

di Madrasah Ibn Sina. Seterusnya, dia

menyambung pelajaran di Madrasah Abu Hanifah

al-Thanawiyyah di Kabul dan menamatkan

pengajiannya pada tahun 1962. Dia berjaya

memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang

syariah daripada Universiti Kabul pada tahun 1967.

Selepas itu, dia mendapat Ijazah Sarjana dalam

bidang ilmu hadith daripada Fakulti Usuluddin,

Universiti al-Azhar dengan menulis sebuah tesis

bertajuk ‘al-Wad’u fi al-Sunnah wa Juhud al-Ulama’

fi Muqawamatihi’ . Dia dilantik sebagai pensyarah

ilmu hadith, ilmu pembahagian harta pusaka dan

ilmu bahasa di Fakulti Syariah, Universiti Kabul. Di

samping itu, dia juga pensyarah mata pelajaran

hadith dan agama di Fakulti Pentadbiran di

universiti yang sama.

UMUM 

Kembali ke atas