LUWU | LUWU, salah sebuah kabupaten di Propinsi Sulawesi Selatan. Luwu terletak di ceruk Teluk Bone yang memisahkan semenanjung selatan daripada semenanjung tenggara Pulau Sulawesi, dengan Propinsi Sulawesi Tengah di bahagian utara. Ibu kotanya ialah Palopo yang terletak di lingkungan sebelah utara pantai Teluk Bone. Luas kabupaten Luwu ialah 17 277 km persegi dengan penduduk lebih kurang 400 000 orang. Kebanyakan penduduknya orang Bugis dan Toraja. Luwu merupakan kabupaten yang terluas di Sulawesi Selatan dan hutannya menghasilkan kayu, rotan dan damar. Sementara tanaman utamanya ialah kopi, kelapa sawit, sagu, dan padi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
BATUBARA | BATUBARA, terletak dalam kabupaten Asahan, Propinsi Sumatera Utara, Indonesia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
BAHASA MELAYU LANGKAT | BAHASA MELAYU LANGKAT, bahasa Melayu yang digunakan di kecamatan Tanjung Pura dan Setabat. Kedua-duanya termasuk dalam Kabupaten Langkat di Propinsi Sumatera Utara. | BAHASA | Konsep |
LANGKAT | LANGKAT, bekas sebuah kerajaan Melayu di pesisir pantai timur Sumatera Utara. Kini kabupaten Langkat terletak di Propinsi Sumatera Utara. Kini kabupaten Langkat terletak di Propinsi Sumatera Utara. Berdasarkan teromba Kesultanan Langkat, kerajaan Langkat didirikan oleh keturunan Dewa Syahdan, sekitar tahun 1500. Dewa Syahdan dikatakan berasal dari kerajaan Haru (Deli Tua) yang telah diserang Aceh pada tahun 1539. Kerajaan Haru tewas. Putera Dewa Syahdan, Dewa Sakti, dikatakan ghaib dan puterinya, Puteri Hijau, ditawan oleh Aceh. Putera Dewa Sakti, raja Kahar, mendirikan kerajaan Langkat dan bersemayam di Kota Dalam. Raja Kahar berputerakan Raja Badiuzzaman, yang berusaha memperluas wilayah kerajaan tersebut. Raja Badiuzzaman mempunyai empat orang putera, iaitu Kejuruan Tuah Hitam dan Indera Bongsu (Kota Dalam) Raja Wan Jabar (Selesai) dan Raja Syahban (Punggai). Mereka memerintah secara autonomi daerah masing-.masing. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
PULAU BURU | PULAU BURU, pulau yang terletak di sebelah barat Pulau Seram di kabupaten Maluku, Propinsi Maluku, Indonesia. Pulau ini mempunyai keluasan lebih daripada 9000 km dan merupakan pulau ketiga terbesar selepas Pulau Halmahera dan Pulau Seram. Pulau ini mempunyai tiga kecamatan, iaitu Buru Selatan, Buru Utara Barat dan Buru Utara Timur. Penduduk pulau ini adalah suku bangsa Buru yang merupakan kelompok etnik. Selain orang Buru, di pulau ini terdapat suku bangsa Galela dan Sulu yang kebanyakannya tinggal di kawasan pantai. Seperti penduduk Kepulauan Maluku lainnya, suku bangsa ini biasa disebut Orang Alfuru. Penduduk Pulau Buru, terutama yang tinggal di sekitar pantai, umumnya memeluk agama Islam. Hal ini berkaitan dengan pengaruh Kesultanan Ternate yang pernah menjadi pusat penyebaran agama Islam di Maluku. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
BOECHARI | BOECHARI (1927-1990-an), ahli arkeologi Indonesia. Dia lahir pada 24 Mac 1927 di kabupaten Rembang, pesisir utara Jawa Tengah, Indonesia. Nama penuhnya ialah Boechari Martodihardjo. Dia mula bersekolah di Hollandsche Inlandsche Kweekschool (HIK), Yogyakarta pada tahun 1964 dan selepas itu ke Sekolah Menengah Atas (SMA), Yogyakarta pada tahun 1950. Kemudian, dia melanjutkan pengajiannya di Fakultas Sastra, Universitas Indoensia dan lulus pada tahun 1958. | BAHASA | Tokoh |
JEMBRANA | JEMBRANA, kerajaan Hindu pada abad ke-17. Kini Jembrana ialah sebuah kabupaten di Propinsi Bali, terletak di bahagian barat daya Pulau Bali. Menurut legenda, Jembrana berasal daripada perkataan ‘jembarwana’ yang bererti hutan tebal. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
LOMBOK | LOMBOK, pulau dan salah satu daripada enam kabupaten di Propinsi Nusa Tenggara Barat. Lombok terpisah dari Bali di sebelah baratnya oleh Selat Lombok dan Sumbawa di sebelah timurnya oleh Selat Alas. Bahagian barat pulau ini banyak dipengaruhi budaya orang Bali. Bahagian timur pulau ini pula merupakan tanah air orang asli Sasak, yang mempunyai budaya dan bahasa yang berbeza daripada orang Bali. Salah satu perbezaan utama ialah orang asli Sasak beragama Islam, manakala orang Bali beragama Hindu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
BANDA | BANDA, pulau yang menjadi sebahagian wilayah kabupaten Maluku Tengah, merupakan pusat pentadbiran Kepulauan Banda. Ibu negerinya Bandanaira, mempunyai penduduk lebih kurang 5000 orang. Pulau Banda dikelilingi oleh banyak pulau kecil, antaranya termasuklah Pulau Ai, Pulau Gunung-api dan Pulau Pisang, dan kesemua pulau ini disebut Kepulauan Banda. Keluasan Pulau Banda lebih kurang 44 km persegi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
PASURUAN | PASURUAN, kotamadya dan kabupaten yang terletak di pantai utara Jawa Timur, Indonesia. Sejarah perkembangannya boleh ditelusuri sehingga zaman kerajaan Airlangga. Pada ketika itu, Pasuruan disebut Paravan. Ada juga yang menamakannya sebagai kota Gembong, kerana kota ini dilalui oleh Sungai Gembong. Ketika itu, terdapat pelabuhan besar di Pasuruan yang boleh menghubungkannya dengan pulau-pulau lain yang dijajah oleh Belanda. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |