Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.bus] | کابوس

Definisi : 1. wap air yg kelihatan spt asap yg ber­ada dekat muka bumi (biasanya pd waktu pagi): ~ di puncak bukit kian menipis; 2. tidak nyata kelihatan, tidak terang (seolah-olah ditutupi kabus) kabur, kelam: gambar yg ~; hilang ~ teduh hujan prb mendapat kesenangan setelah menderita; berkabus dilindungi atau dilitupi kabus; mengabusi membuat supaya berkabus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.bus] | کابوس

Definisi : 1 wap air spt asap yg berada dekat muka bumi (spt yg kelihatan pd waktu pagi). 2 cecair halus-halus yg terjadi drpd semburan, pancutan dll: Kita hendaklah memakai topeng pelindung semasa menyembur utk mengelakkan diri drpd tersedut ~ semburan. 3 tidak terang; tidak jelas; kabur. berkabus dilindungi atau dilitupi kabus: cermin kereta yg ~. mengabusi membuat supaya dilindungi atau diliputi kabus; membuat supaya berkabus: Keratan pokok puding dpt mengeluarkan akar jika selalu dikabusi air. pengabus alat utk menghasilkan kabus atau utk menyebabkan terjadi kabus: Keratan itu disemai dan ditanam dlm pasir serta dilembapkan dgn ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kabus

Puisi
 

Seri Andalas sekota embun,
     Dari Gersik ke Surabaya;
Kasih ibarat setitik embun,
     Hilang kabus nampak dia.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Kilat di dalam kilau,
     kabus di dalam hujan.

Bermaksud :

Dalam tutur kata atau tingkah laku tercantum maksud yang lain.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KABUS

Kabus, wap air yang kelihatan seperti asap terbentuk hasil pertemuan udara panas dengan udara sejuk melalui proses pemeluwapan yang berlaku berhampiran dengan permukaan bumi.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
PERGUNUNGAN GREAT SMOKY

Pergunungan Great Smoky diberi nama

sedemikian kerana pergunungan itu biasanya

diliputi asap kabus atau jerebu. Pergunungan ini

adalah antara yang tertinggi dan paling

berceranggah dalam sistem Pergunungan

Appalachian di Amerika Syarikat. Great Smoky

dipenuhi hutan tebal dengan lebih daripada 200

spesies pokok. Pokok ini mewujudkan suasana

kabus yang amat tebal dan lembap yang kelihatan

seperti asap kabus di puncak gunung.

UMUM 
NIFLHEIM

Niflheim adalah dunia orang yang telah meninggal

dunia dalam mitologi Norse. Niflheim merupakan

sebuah kawasan ais, kabus, dan kegelapan yang

abadi. Dunia ini terletak di seberang Sungai Gjol,

jauh ke utara Midgard, di mana manusia tinggal.

Ketua dewa Odin membuang negeri dewi Hel ke

Niflheim. Di sini dewi itu menjadi pemerintah alam

baka, yang menempatkan roh mereka yang

meninggal dunia kerana penyakit atau kerana tua.

Roh pahlawan yang terbunuh dalam pertempuran

pergi ke tempat yang disebut Valhalla.

UMUM 
AEROSOL

Aerosol ialah campuran zarah dan gas yang amat

kecil. Zarah-zarah ini mungkin titisan cecair atau

cebisan kecil bahan pepejal. Zarah-zarah ini

terapung (tersebar) dalam gas. Awan dan kabus

ialah aerosol yang berlaku secara semula jadi. Tin

semburan deodoran dan semburan rambut

mengeluarkan aerosol apabila digunakan.

UMUM 
MALAM WALPURGIS

Malam Walpurgis ialah malam 1 Mei apabila

orang Jerman merayakan pesta St. Walpurgis.

Menurut legenda, para ahli sihir berkumpul pada

malam ini dan merayakan hari sabat di gunung

Brocken yang diliputi kabus, iaitu puncak yang

paling tinggi di Pergunungan Harz.

UMUM 
EKTOPLASMA

Ektoplasma ialah istilah yang mempunyai dua

makna, satu yang digunakan oleh ahli kerohanian

dan satu lagi digunakan oleh ahli biologi. Ahli

kerohanian percaya bahawa roh orang mati boleh

berkomunikasi dengan orang hidup melalui

seseorang yang dikenali sebagai perantara.

Menurut ahli kerohanian, ektoplasma ialah bahan

bak kabus yang terapung dari badan perantara

apabila perantara itu berada dalam keadaan

bersawai.

UMUM 
SIROCCO

Sirocco ialah nama Itali bagi angin panas yang

bertiup ke arah utara dari Gurun Sahara atau

Gurun Arab yang panas dan kering. Tiupan angin

ini kerap berlaku semasa musim bunga di negara

Eropah, di bahagian utara Laut Mediterranean.

Angin sirocco mungkin membawa bersamanya

lembapan semasa melintasi Laut Mediterranean

dan tiba di pantai Eropah sebagai angin yang panas

dan lembap. Semasa bertiup ke arah utara, angin

ini menghasilkan kabus dan hujan. Kadangkala

angin ini membawa bersamanya debu gurun.

Apabila angin sirocco yang kering bertiup, butir

pasir yang halus menjadikan langit gelap. Angin

ini menyebabkan selaran matahari pada kulit dan

mengeringkan tekak. Istilah sirocco kadangkala

digunakan untuk merujuk kepada apa-apa angin

panas yang tidak bermusim yang bertiup dari

selatan di kawasan Mediterranean.

UMUM 
ARUS LABRADOR

Arus Labrador ialah arus sejuk lautan yang

bermula di Lautan Artik. Ia mengalir di sepanjang

pantai Labrador, Kanada, sehingga ke suatu tempat

yang berhampiran dengan pulau Newfoundland

apabila ia bertemu dengan Arus Telukan. Pengaruh

Arus Labrador dirasakan di selatan sejauh New

England di Amerika Syarikat. Pelabuhan di

Labrador terhalang oleh ais selama kira-kira

setengah tahun, sebahagiannya disebabkan oleh

arus sejuk ini. Tetapi pelabuhan-pelabuhan di

Kepulauan British yang terletak pada latitud yang

sama seperti Labrador, tetap dibuka kepada

perkapalan sepanjang tahun. Pelabuhan-pelabuhan

tersebut bebas daripada ais sebahagiannya

disebabkan oleh Arus Telukan yang panas. Apabila

udara sejuk di atas Arus Labrador bertemu dengan

angin panas dan lembap di atas Arus Telukan,

kabus tebal terbentuk di luar pantai. Lihat juga

Kabut; Lautan (Bagaimana lautan bergerak).

UMUM 

Kembali ke atas