Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan dan buahnya; ~ arab = ~ bendi = ~ lendir sj tumbuhan (herba), Hibiscus esculentus; ~ belimbing = ~ botor = ~ kelisa = ~ kotor sj tumbuhan (pokok me­manjat), Psophocarpus tetragonolobus; ~ buncis = ~ pendek sj tumbuhan (herba), Phaseolus vulgaris; ~ cina sj tumbuhan (herba), Phaseolus lunatus; ~ goreng = ~ cina = ~ jawa = ~ tanah sj tumbuhan (herba), Arachis hypogaea; ~ hantu a) = ~ parang = ~ polong sj tumbuhan (pokok memanjat), Canavalia ensiformis; b) orang jahat; ~ hijau = ~ cindai = ~ padi sj tumbuhan (pokok renek), Phaseolus aureus; ~ kara = ~ sepat sj tumbuhan (pokok), Dolichos lablab; ~ kayu a) sj tumbuhan (pokok renek), Cajanus indicus; b) = ~ riang-riang = ~ sekucuk sj tumbuhan (pokok), giring-giring, Crotalaria striata; ~ kelor sj tumbuhan (pokok) emung­gai, Moringga oleifera; ~ kota sj tumbuhan (pokok), ketepeng hutan, Cassia occiden-talis; ~ kuda sj kacang yg agak bulat, berwarna kekuning-kuningan atau coklat muda, yg biasanya direbus utk dimakan, Cicer arietinum; ~ laut a) sj tumbuhan (herba), Vigna marina; b) sj tumbuhan (pokok menjalar), Canavalia rosea; ~ miang a) sj kacang yg gatal; b) orang yg suka menghasut; ~ panjang = ~ merah = ~ perut ayam sj tumbuhan (pokok), Vigna sinensis; ~ putih sj tumbuhan (pokok memanjat), Pisum sativum; ~ soya sj tumbuh­an (herba), Glycine max; ~ sepalit = ~ puyuh sj tumbuhan (herba), Phaseolus calcaratus; kuih ~ kuih kasturi, rengas; ~ lupakan kulitnya = panas hari, lupa ~ akan kulitnya prb orang yg lupa akan asalnya (orang yg telah menolongnya dll) setelah menikmati kesenangan dll; bagai ~ direbus satu prb meloncat-loncat kerana kesukaan; bagai ~ tengah dua bulan prb, Mn sangat subur tubuh badannya (bkn kanak-kanak); kacang-kacang a) sj tumbuhan (pokok renek), teruntum, Aegiceras corniculatum; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), kacang hijau hutan, Pueraria phaseoloides; akar ~ a) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar pah kuda, akar sarang punai, akar tegun pontianak, Dichapetalum deflexifolium; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar telur bujuk, akar nyamuk, Agelaea vestita; mengacang 1. membahagi-bahagi (barang yg diperoleh dll); 2. berbuat sesuka hati atau semahu-mahunya (atas hak milik orang lain); memperkacang menghabiskan (memboros­kan) harta atau wang orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kacang I

Puisi
 

Kacang sepat kacang melata,
     Kacang melata di atas kota;
Orang berempat sebaya saja,
     Salah satu kuambil juga.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Bagai kacang direndang.

Bermaksud :

Bunyi suara yang tak putus-putus.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KACANG GINJAL

Kacang ginjal lihat Kacang (Jenis kacang).

UMUM 
KACANG HIJAU

Kacang hijau lihat Kacang (Jenis kacang).

UMUM 
KACANG LIMA

Kacang lima ialah kacang yang paling berkhasiat

dalam famili kacang pis. Ia mengandungi protein

yang tinggi dan kaya dengan zat besi, kalsium dan

vitamin.

UMUM 
KACANG TANAH

Kacang tanah ialah spesies tumbuhan yang

ditanam untuk mendapatkan buahnya. Kacang

tanah merupakan jenis <I>legumI>, iaitu ia

mengeluarkan bijian berkulit yang mengandungi

satu atau dua biji kacang di dalamnya.

UMUM 
KACANG BRAZIL

Kacang Brazil juga dikenali sebagai <I>kacang para.I>

Ia didapati daripada pokok malar hijau besar yang

terdapat terutamanya di hutan dekat sungai dan

cabangnya di utara Brazil, Guyana, dan Venezuela.

UMUM 
KACANG KOLA

Kacang kola ialah biji beberapa jenis pokok

malar hijau yang berasal dari Afrika Barat. Kacang

kola digunakan untuk membuat minuman

ringan dan ubat.

UMUM 
KACANG SOYA

Kacang soya ialah tumbuhan yang membekal

makanan kepada haiwan dan manusia, dan

membekal bahan mentah untuk industri. Kacang

soya ialah bahan paling berguna serta sumber

protein yang paling murah di dunia.

UMUM 
KACANG LOMPAT

Kacang lompat ialah biji sejenis pokok renek

Mexico, yang terkenal kerana pergerakannya

seperti melompat dengan pantas. Pergerakan

kacang lompat ini sebenarnya disebabkan oleh

beluncas yang hidup di dalam bijinya.

UMUM 
KACANG

Kacang ialah nama popular bagi banyak jenis biji

atau buah kering, yang boleh dimakan, yang

tumbuh dalam kulit keras. Perkataan <I>kacang I>boleh

merujuk kepada kulit dan isinya, atau isirung di

dalam, atau kepada isirung sahaja.

UMUM 
MAKANAN TERNAKAN

Makanan ternakan ialah istilah bagi makanan

yang diberikan kepada haiwan ternakan. <I>Makanan I>

<I>pelawas I>(<I>makanan kasarI>) yang digunakan termasuk

kacang soya, kacang duduk, dan tumbuh-tumbuhan

padang rumput ternak seperti rumput

dan alfalfa. Sesetengah tumbuh-tumbuhan ini

dikeringkan dan diberikan kepada haiwan ternakan

sebagai rumput kering. Penternak sering

mengawet keseluruhan pokok jagung dan lain-lain

tanaman, dan menggunakannya sebagai makanan

ternakan yang dikenali sebagai <I>silaj I>. Bijian jagung,

betari atau barli boleh dikisar dan dicampurkan

dengan bahan lain untuk membuat satu lagi

makanan ternakan.

UMUM 
12345

Kembali ke atas