KACANG HIJAU | Kacang hijau lihat Kacang (Jenis kacang). | UMUM | |
BUBUR | BUBUR, makanan yang lunak dan berair; diperbuat daripada beras, pulut, jagung, kacang hijau, kacang merah atau gandum. Bahan ini direbus dengan air sehingga empuk dan kemudian dicampur dengan santan dan gula bagi bubur manis atau dengan garam bagi bubur lemak. | BUDAYA | Makanan |
KACANG BRAZIL | Kacang Brazil juga dikenali sebagai kacang para. Ia didapati daripada pokok malar hijau besar yang terdapat terutamanya di hutan dekat sungai dan cabangnya di utara Brazil, Guyana, dan Venezuela. | UMUM | |
KACANG KOLA | Kacang kola ialah biji beberapa jenis pokok malar hijau yang berasal dari Afrika Barat. Kacang kola digunakan untuk membuat minuman ringan dan ubat. | UMUM | |
KACANG PISTASIO | Kacang pistasio kadangkala dikenali sebagai badam hijau , ialah biji pokok pistasio. Pokok ini banyak tumbuh di kawasan timur Mediterranean, di barat daya Asia, dan di barat daya Amerika Syarikat. | UMUM | |
KACANG MAKADAMIA | Kacang makadamia ialah biji besar dan bulat yang tumbuh pada pokok makadamia, iaitu pokok malar hijau di kawasan tropika Australia. | UMUM | |
ASAM JAWA | Asam jawa ialah pokok malar hijau yang menarik, yang tumbuh di kawasan tropika. Ia boleh tumbuh 23 meter tingginya. Asam jawa mempunyai daun yang kecil, berwarna hijau pucat, dan bunga yang kecil berwarna kuning. Lenggainya kira-kira lapan hingga 10 sentimeter panjangnya mengandungi biji. Lenggai ini mengandungi isi masam berwarna perang yang digunakan untuk membuat minuman yang menyegarkan. Di India dan Arab Saudi, isi ini dihimpit menjadi ketulan dan dijual sebagai makanan istimewa. Asam jawa hiasan ditanam di bahagian panas yang di dunia. Pengelasan saintifik: Asam jawa tergolong dalam famili kacang pis Leguminosae (Fabaceae). Ia adalah Tamarindus indica . | UMUM | |
KANJI | Kanji ialah bahan putih berbentuk serbuk yang terdapat dalam sel hidup tumbuhan hijau. Ia boleh didapati dalam biji jagung, gandum, padi, dan kacang, dan dalam batang, akar dan ubi (batang bawah tanah) kentang, ubi garut, atau ubi kayu (tapioka). | UMUM | |
SEMALU | Semalu ialah pokok renek kecil yang merimbun, yang tumbuh di kawasan tropika di Hemisfera Barat. Ia dikenali sebagai semalu kerana anak daunnya tertutup apabila disentuh atau terdedah kepada wasap yang kuat. Pada masa yang sama, tangkai daunnya membengkok ke arah batang utama seolah-olah ia mengecut kerana disentuh. Semalu kadangkala ditanam di rumah hijau sebagai suatu kepelikan. Daun bagi banyak anggota famili kacang pis tertutup pada waktu malam. Pengelasan saintifik. Semalu tergolong dalam famili kacang pis, Leguminosae (Fabaceae). Ia adalah Mimosa pudica . Lihat juga Tumbuhan telegraf. | UMUM | |