KACANG TANAH | Kacang tanah ialah spesies tumbuhan yang ditanam untuk mendapatkan buahnya. Kacang tanah merupakan jenis legum, iaitu ia mengeluarkan bijian berkulit yang mengandungi satu atau dua biji kacang di dalamnya. | UMUM | |
ENJIN BEBAS-OMBOH | Enjin bebas-omboh, kadangkala dinamakan gasifier, menjanakan gas panas yang biasanya digunakan untuk menjalankan sebuah turbin. Ia boleh membakar hampir setiap bahan api cecair, daripada parafin kepada minyak kacang tanah. | UMUM | |
MIKOTOKSIN | Mikotoksin adalah mana-mana satu daripada bahan kimia beracun yang dihasilkan oleh kulat-kulat. Mikotoksin terbentuk pada tanaman makanan berkulapuk dan tumbuhan lain, walaupun bukan semua kulapuk menghasilkan mikotoksin. Tanaman yang paling sering dijangkiti oleh mikotoksin termasuk jagung, padi, gandum dan kacang tanah. Makanan atau makanan haiwan ternakan yang dibuat daripada tanaman yang tercemar boleh meracuni manusia dan haiwan. Daging dan keluaran susu daripada haiwan yang telah memakan bijian yang dijangkiti juga boleh memudaratkan manusia. Agensi kerajaan di banyak negara memeriksa paras mikotoksin dalam makanan dan makanan haiwan ternakan. | UMUM | |
SATE | SATE, makanan tradisional yang diperbuat daripada daging, ayam atau perut lembu yang dipotong kecil-kecil, dicucuk ke lidi dan dipanggang. Sate dimakan dengan kuah yang dimasak daripada kacang tanah bercampur cili, rempah-rempah, gula dan asam. | BUDAYA | Makanan |
KANJI | Kanji ialah bahan putih berbentuk serbuk yang terdapat dalam sel hidup tumbuhan hijau. Ia boleh didapati dalam biji jagung, gandum, padi, dan kacang, dan dalam batang, akar dan ubi (batang bawah tanah) kentang, ubi garut, atau ubi kayu (tapioka). | UMUM | |
SWEET PEA | Sweet pea ialah bunga taman kegemaran yang tergolong dalam famili yang sama dengan famili kacang pis. Sweet pea ditanam kerana kecantikan dan keharuman bunganya. Bunga sweet pea berwarna biru, merah, samar, ungu atau putih. Sesetengahnya kelihatan seperti rama-rama. Terdapat lebih daripada 1000 jenis sweet pea. Pada sesetengahnya, kelopak bunganya licin dan bak baldu. Pada yang lain, bunganya berkedut-kedut dan berombak-ombak. Tumbuhan ini mungkin kerdil, yang tumbuh berhampiran dengan tanah atau memanjat, yang tumbuh di sepanjang tali atau junjung. Terdapat juga banyak jenis tumbuhan saka yang menarik dari selatan Eropah. Misalnya, everlasting pea tumbuh liar di United Kingdom. Bunganya besar dan berwarna samar magenta. | UMUM | |
SIKLAMEN | Siklamen ialah nama sekumpulan tumbuhan yang menarik yang tumbuh liar di kawasan Mediterranean di Eropah. Siklamen tumbuh di hutan jarang dan di kawasan berbatu berserta belukar. Terdapat 17 spesies siklamen. Ia ditanam di luar sekiranya iklim mengizinkan, atau ditanam dalam pasu. Ia tumbuh daripada ubi (batang bawah tanah). Daunnya berbentuk hati atau berbentuk kacang dan mempunyai petiol (tangkai daun) yang panjang. Bunganya berwarna putih, samar, atau ungu dan tidak berbau wangi. Panjangnya sehingga 6.5 sentimeter. | UMUM | |