PINON | Pinon ialah nama empat jenis pokok pain yang kecil, rimbun yang tumbuh di kawasan separa kontang di barat daya Amerika Syarikat. Konnya yang kecil mengandungi biji, yang dikenali sebagai <i> kacang pain i> , yang rasanya seperti kacang. Kacang pain adalah bahagian penting dalam diet Orang Asli Amerika di barat daya Amerika Syarikat. | UMUM | |
KACANG LIMA | Kacang lima ialah kacang yang paling berkhasiat dalam famili kacang pis. Ia mengandungi protein yang tinggi dan kaya dengan zat besi, kalsium dan vitamin. | UMUM | |
KACANG GINJAL | Kacang ginjal lihat Kacang (Jenis kacang). | UMUM | |
KACANG HIJAU | Kacang hijau lihat Kacang (Jenis kacang). | UMUM | |
KACANG TANAH | Kacang tanah ialah spesies tumbuhan yang ditanam untuk mendapatkan buahnya. Kacang tanah merupakan jenis <I>legumI>, iaitu ia mengeluarkan bijian berkulit yang mengandungi satu atau dua biji kacang di dalamnya. | UMUM | |
KACANG KUDA | | UMUM | |
KACANG BRAZIL | Kacang Brazil juga dikenali sebagai <I>kacang para.I> Ia didapati daripada pokok malar hijau besar yang terdapat terutamanya di hutan dekat sungai dan cabangnya di utara Brazil, Guyana, dan Venezuela. | UMUM | |
KACANG KOLA | Kacang kola ialah biji beberapa jenis pokok malar hijau yang berasal dari Afrika Barat. Kacang kola digunakan untuk membuat minuman ringan dan ubat. | UMUM | |
KACANG SOYA | Kacang soya ialah tumbuhan yang membekal makanan kepada haiwan dan manusia, dan membekal bahan mentah untuk industri. Kacang soya ialah bahan paling berguna serta sumber protein yang paling murah di dunia. | UMUM | |
KACANG LOMPAT | Kacang lompat ialah biji sejenis pokok renek Mexico, yang terkenal kerana pergerakannya seperti melompat dengan pantas. Pergerakan kacang lompat ini sebenarnya disebabkan oleh beluncas yang hidup di dalam bijinya. | UMUM | |