Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.cip] | کاچيڤ

Definisi : sj alat (spt gunting) yg sendinya di hujung (utk membelah pinang dll); gigi ~ gigi utk memotong yg terletak di hadapan gigi taring pd mamalia; mengacip 1. mengerat, membelah (dgn kacip); 2. menyepit atau mengapit dgn sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.cip] | کاچيڤ

Definisi : ; ~ fatimah sj tumbuhan (pokok), kacit fatimah, rumput siti fatimah, selusuh fatimah, Labisia pothoina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.cip] | کاچيڤ

Definisi : alat yg digunakan utk membelah (buah) pinang dll. mengacip 1 membelah (buah pinang dll) dgn kacip. 2 menyepit atau mengapit dgn sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kacip

Puisi
 

Sayang Cik Amat tukang Kelantan,
     Kacip besi dengan besi;
Kurasa kiamat di dalam badan,
     Jantung berperang dengan hati.


Lihat selanjutnya...(4)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KACIP

KACIP, alat untuk membelah dan menghiris pinang yang biasanya diletakkan dalam tepak sirih. Kacip dapat dibahagi kepada tiga bahagian penting, iaitu kepala, badan dan pemegang. Kacip berfungsi seperti gunting tetapi bentuknya berbeza-beza. Kacip mempunyai dua badan yang berasingan yang dicantum menggunakan kancing yang dimeteri di hujung atau kepala kacip.

BUDAYAAlat/Alatan
KACIP FATIMAH

Kacip Fatimah ialah sejenis tumbuhan herba

dalam perubatan tradisional khusus untuk kaum

wanita.

UMUM 

Kembali ke atas