TEUTON | Teuton ialah nama yang kadang-kadang diberikan kepada orang Jerman. Perkataan ini wujud daripada perkataan Teutones atau Teutoni iaitu orang Jerman yang pertama kali dengan bantuan orang Cimbri menggugat kekuasaan Rom. Bersama-sama dengan jirannya Ambron, orang Teuton meninggalkan tanah air mereka ke muara Sungai Elbe pada tahun 100 S.M. Di Gaul (kini di Perancis), mereka bersekutu dengan Cimbri, Jeneral Rom Gaius Marius mengalahkan orang Teuton di Aquae Sextiae (kini di Aix-en-Provence, Perancis) pada tahun 102 S.M. Tahun berikutnya mereka menawan Cimbri di Itali. | UMUM | |
AMERIKA SEPANYOL | Amerika Sepanyol ialah nama yang kadang-kadang diberi kepada bahagian Amerika Latin yang menggunakan bahasa Sepanyol. | UMUM | |
ARTEMIS | Artemis ialah dewi kelahiran dan perburuan dan kadang-kadang disamakan dengan dewi bulan Selene dalam mitologi Yunani. Dewi Rom, Diana sangat menyerupai Artemis. Artemis ialah puteri Zeus, raja segala dewa, dan dewi Leto. Dewa Yunani Apollo ialah saudara kembar Artemis. | UMUM | |
METROPOLITAN | Metropolitan ialah gelaran ketua biskop Gereja Ortodoks Timur. Kadang-kadang, ketua biskop Roman Katolik juga dikenali sebagai metropolitan. Pada 342 M., Majlis Antioch mendikrikan bahawa metropolis (kota ibu kota) wilayah gereja hendaklah diberi pangkat yang lebih tinggi daripada biskop lain di wilayah tersebut. Para biskop hendaklah memberi nasihat kepada metropolitan tentang semua perkara melainkan hal ehwal keuskupan yang biasa. Lihat juga Ketua biskop. | UMUM | |
ANGORA | Angora ialah serat bulu yang dibuat daripada bulu arnab Angora. Istilah ini kadang-kadang digunakan bagi serat bulu yang dibuat daripada bulu kambing Angora, tetapi serat bulu kambing tepat dinamakan mohair. | UMUM | |
KAD KREDIT | Kad kredit ialah sekeping kad plastik yang membolehkan pemegangnya membeli barangan, perkhidmatan, dan (kadang-kadang) mata wang asing secara kredit | UMUM | |
AKASIA | Akasia ialah nama sekumpulan besar tumbuh- tumbuhan yang ada kaitan dengan kekacang dan pis. Kadang-kadang ia juga dikenali sebagai mimosa. | UMUM | |
KALIDASA | Kalidasa ialah penyair dan dramatis agung India. Dia menulis dalam bahasa Sanskrit India purba. Kalidasa kadang-kadang dikenali sebagai Shakespeare India . | UMUM | |
MAJOLICA | Majolica ialah sejenis tembikar yang disepuh dengan oksida timah untuk menghasilkan warna putih yang lembut. Kadang-kadang namanya dieja sebagai maiolica. Reka bentuk dicat pada latar belakang yang putih dengan oksida logam yang lain. Oksida-oksida ini mengubah berbagai-bagai warna pada latar belakangnya apabila tembikar itu dibakar. Majolica diberi nama sempena nama pulau Majorca, Sepanyol, tempat tembikar dieksport ke Itali. Pusat untuk menghasilkan tembikar ini berkembang di seluruh Itali. | UMUM | |
ILMU TILIK TAPAK TANGAN | Ilmu tilik tapak tangan ialah amalan meramalkan nasib dengan menilik garisan dan tanda-tanda pada tapak tangan manusia. Ilmu tilik tapak tangan, yang kadang-kadang dikenali sebagai chiromancy dalam bahasa Inggeris, mungkin bermula di India purba. | UMUM | Umum |