Permainan daun terup ialah permainan yang melibatkan nasib atau kemahiran menggunakan kepingan kadbod yang nipis dan bujur. Setiap kad atau daun terup ini mempunyai gambar atau tanda yang tertentu. Beratus-ratus jenis permainan boleh dimainkan menggunakan daun terup. Beberapa orang pemain boleh mengambil bahagian, tertakluk kepada jenis permainan. Permainan patience, atau solitaire, dimainkan oleh seorang pemain sahaja. Permainan casino biasanya dimainkan oleh dua orang pemain. Cribbage atau pinochle boleh dimainkan oleh dua, tiga atau empat orang. Permainan bridge atau whist memerlukan empat orang pemain, manakala permainan canasta memerlukan dua hingga enam orang pemain . Poker pula boleh dimainkan oleh seramai sepuluh orang pada satu-satu masa. |